Kau Ku Hormati
Oleh Ahmad Fatan
Pangggg!!.. Satu penampar yang hinggap di pipi aku. Pada
ketika itu dia merasa sungguh malang kerana telah ditampar oleh abangnya, Asrul
terus pergi ke ibu kota untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Ini kali pertama
penampar sulung yang singgah di pipinya. Dia merasakan dirinya tercabar setelah
dipukul abangnya. Asrul merupakan anak kedua daripada tiga beradik.
Sewaktu
di sekolah, “Asrul telah ponteng kelas
dan merokok di dalam tandas sekolah tadi!!!” kata-kata Cikgu Yusran iaitu guru disiplin sekolah masih
terngiang-ngiang di telinga abangnya.
Kata-kata
itu juga menyebabkan dia memukul adiknya sendiri dan dia memperlakukan adiknya juga seperti
musuhnya. Dia memukul adiknya dengan sekerat
getah paip sehingga meninggalkan kesan berbirat pada badan. Hal itu
menyebabkan Asrul tidak pulang ke rumah hingga lewat malam. Jauh di sudut
hatinya berbuat begitu kepada adiknya tetapi kerana rasa geram, dia melakukan
perbuatan itu tanpa menghiraukan adiknya yang menanggung kesakitan.
Sejak
ditampar oleh abangnya, Asrul menjadi semakin teruk dan semakin parah
perangainya. Daripada ponteng kelas dan menghisap rokok, Asrul mula belajar
masuk ke Kelab malam, minum arak malah dia telah melanggan seorang wanita pelacur. Hampir setiap malam Asrul
akan pergi ke ibu kota untuk melepak dengan kawan-kawannya untuk pergi ke
lembah maksiat itu. Di sekolah Asrul merupakan salah seorang pelajar yang
sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Asrul juga merupakan anak emas di
sekolah yang menjadi harapan para guru di sekolah itu. Tetapi perangai Asrul
yang sering bersosial telah memburukkan reputasi dirinya sendiri.
Suatu
hari lewat malam setelah pulang dari ibu
kota, Asrul sekali lagi ditampar oleh abangnya. Kali ini merupakan kali kedua
abangnya menampar pada bulan itu. Kemarahan abangnya terhadap Asrul makin hari
semakin dingin.
“Apa
salah Asrul pada abang sehingga abang menampar Asrul macam ni?” Tanya Asrul
pada dirinya sendiri.
“Abang
tak mahu kau bergaul dengan budak-budak jahanam yang tak ada masa depan itu
lagi.”
Marah
abangnya kepada Asrul. Dia menjadi hairan, mengapa abangnya melarang dia
daripada berkawan? Sedangkan sebelum ini tiada sesiapa pun pernah melarang dia
berkawan dengan siapa sahaja. Asrul mula merasakan hidupnya dikongkong oleh
abangnya.
Dia
perlahan menoleh ke belakang dan melangkah menuju ke biliknya tanpa
menghiraukan nasihat abangnya itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil dan
duduk termenung memikirkan mengapa abangnya berbuat demikian kepadanya.
“Apa
salah aku, sedangkan aku tak pernah ambil kisah tentang hal dia?” Tanya Asrul
kepada dirinya sendiri.
“Ayah,
Asrul rindukan ayah, Asrul rindu nak bermanja dengan ayah. Kenapa ayah
tinggalkan Asrul…” ucapan perlahan yang keluar dari bibirnya sambil merebahkan
badan di atas tilam.
Sewaktu
Asrul di tingkatan lima, dia begitu disayangi oleh ayahnya. Hampir setiap hari
dia bersama keluarganya beriadah di taman. Pada suatu petang dia mengajak
keluarganya pergi beriadah akan tetapi ayahnya menolak permintaannya. Asrul
terus memujuk ayahnya dan terpaksalah ayahnya ikut manakala abang dan adiknya
tidak ikut bersama. Pada ketika itu dalam perjalanan, dia dan ayahnya terlibat
dalam satu kemalangan. Ayahnya telah meninggal dunia akibat dari kemalangan
itu.
“Usop…
malam tadi sekali lagi saya nampak Asrul dekat ibu kota. Masih belum terlambat
lagi Usop untuk bentuk adik kamu itu. Kamu kena ingat Usop dialah satu-satunya
adik lelaki kamu yang kamu boleh harapkan jika apa-apa yang berlaku kepada kamu
nanti. Jika kamu gagal mendidiknya maka tiada siapa dapat mewarisi perniagaan
kamu suatu hari nanti. Kamu tak boleh nak mengharapkan adik perempuan kamu tu.
Nanti dah besar panjang dia kena ikut suaminya. Ingat itu Usop.. Dia
tanggungjawab kamu!!” Ujar Cikgu Yusran kepada abang Asrul. Panas hati Asrul
membaca mesej dari kawan abangnya itu.
Tanpa
pengetahuan Asrul, Cikgu Yusran merupakan kawan baik abangnya masa belajar
dulu. Hubungan mereka sangat akrab. Kini baru Asrul tahu kenapa abang sering
marah pada dia ketika pulang dari sekolah. Cikgu Yusran yang menceritakan
hal-hal di sekolah kepada abang rupanya. Hati Asrul semakin panas memikirkan
Cikgu Yusran.
“Kalau
aku bunuh cikgu ni… Aman hidup aku” kata Asrul pada dirinya sendiri. Marah
sungguh Asrul pada cikgu itu.
Hari
ini merupakan hari pertama Asrul ke sekolah setelah dia membaca mesej yang
dihantar oleh Cikgu Yusran kepada abangnya. Sebelum ini hubungan Asrul dengan
Cikgu Yusran sangat rapat. Jika ada masa lapang Asrul akan pergi ke bilik guru
mencari Cikgu Yusran untuk bertanya tentang pelajaran. Asrul tidak menyangka
Cikgu Yusran adalah kawan rapat abangnya dan melaporkan hal-hal dirinya. Mulai
hari itu Asrul terlalu membenci cikgu itu. Kesalahan maksimum yang sering
dilakukan oleh Asrul di sekolah hanyalah ponteng dan merokok. Tetapi sejak dia
membenci Cikgu Yusran dia mula memancitkan tayar kereta Cikgu Yusran. Tidak
cukup dengan tayar, kereta Cikgu Yusran pula dicalarkan. Asrul melakukan itu
semua untuk membalas apa yang dilakukan oleh Cikgu Yusran terhadap dirinya. Dia
sangat membenci cikgu itu!!
Suatu
hari, Asrul terdengar abangnya batuk-batuk kesakitan. Dia tidak menghiraukan
dan terus keluar pergi ke ibu kota.
Ketika dia pulang lewat malam pada hari
tersebut, “abang…bangunlah..abang bangunlah”. Bunyi suara adiknya.
Asrul
bergegas naik terus menuju ke bilik abangnya. Setibanya di situ, Asrul melihat
abangnya yang terbujur kaku di atas katil. Abangnya telah meninggal dunia
kerana sakit asma. Adiknya memberikan
sepucuk surat yang telah ditinggalkan abang kepada Asrul.
“Bagi
surat ini kepada kawan baik abang Cikgu Yusran” itulah yang tercatat pada
sampul surat yang ditinggalkan.
Seminggu
kemudian “Ini arwah abang tinggal untuk cikgu” Asrul memberikan surat tersebut
kepada Cikgu Yusran.
“Yusran
saya tahu kamu adalah sahabat saya selamanya. Saya memberi sepenuh kepercayaan
kepada kamu. Asrul begitu dahagakan kasih sayang daripada seorang ayah. Saya
tidak sempat untuk memberikan semua itu kepada Asrul. Saya amanahkan kepada
kamu untuk menjaga Asrul dan adiknya. Saya berharap kamu tidak kisah menerima mereka
berdua sebagai anak kamu. Didiklah mereka sebaik mungkin dan saya amanahkan
kamu untuk ambil alih perniagaan saya buat sementara ini. Kelak suatu hari
nanti kamu serahlah kepada Asrul”. Sebutir titisan yang bersinar jatuh menyelusuri
pipi Cikgu Yusran setelah membaca surat tersebut.
“Kamu
berdua tinggallah bersama saya” kata Cikgu Yusran kepada Asrul.
Asrul
terdiam dan tidak berkata apa-apa. Asrul hairan
“Tinggal
bersama dengannya? Kenapa cikgu ni? Aku tak buntulah pertolongan daripada dia”
bisik Asrul sendiri.
Ajakan
Cikgu Yusran masih tidak dijawab. Setelah Cikgu Yusran membaca surat itu tadi
dia rela menjalankan amanah yang ditinggalkan oleh sahabatnya.
“Saya akan didik mereka berdua seperti anak
sendiri, itu janji saya” bisik Cikgu Yusran sendiri.
Sudah
sebulan Asrul tinggal dengan Cikgu Yusran, segala suruhan Cikgu Yusran Asrul
lakukan. Masa solat dan belajar sering dilakukan bersama Cikgu Yusran. Asrul
seorang yang liat untuk melakukan solat akhirnya akur dengan perintah Cikgu
Yusran yang tidak pernah jemu menyuruh Asrul menunaikan solat. Asrul berasa
seperti mendapat kasih sayang seorang ayah tinggal bersama dengan Cikgu Yusran
kerana sering solat berjemaah begini. Cikgu Yusran selalu bertanyakan masalah
kepada Asrul dan selalu mengambil berat tentangnya. Tetapi ada satu kelainan,
dengan Cikgu yusran, Asrul tidak boleh keluar malam sesuka hati seperti dulu,
dia tidak dapat lagi melepak bersama kawan-kawannya.
Cikgu
Yusran menyangka Asrul sudah tidak merokok tetapi hakikatnya Asrul masih lagi
merokok. Tiba-tiba suatu petang ketika Cikgu Yusran ingin mengambil telefon
bimbit yang tertinggal di dalam keretanya, Cikgu Yusran ternampak beg Asrul di
tempat duduk belakang. Sedang Cikgu Yusran mengangkat beg Asrul, dia ternampak satu
kotak rokok dan pemetik api di dalam beg Asrul. Termenung Cikgu Yusran ketika
itu. Apa yang membuatkan Cikgu Yusran lebih kecewa apabila dia terjumpa satu
botol air minuman “COKE” dan pil “ecstasy” setelah memeriksa beg Asrul. Cikgu
Yusran terus keluar dari kereta itu. Tiada kata untuk di ucap ketika itu
hanyalah air mata Cikgu Yusran yang menitis-nitis jatuh ke lantai.
Mulai
dari hari itu Cikgu Yusran mula bersikap tegas apabila berhadapan dengan Amir.
Cikgu Yusran berharap dapat mendidik dengan sepenuhnya. Asrul mula menjadi
berang apabila Cikgu Yusran mula berubah sikap. Dia memberanikan diri bertanya.
“Apa
Asrul dah buat?” Tanya Asrul.
Cikgu
Yusran semakin marah apabila Asrul menyoal dia pula. Dia terus menarik tangan
Asrul masuk ke kereta dan menyuruh membuka begnya itu. Pada awal Asrul enggan
membuka beg itu, setelah dipaksa baru Asrul membukanya. Pemetik api, rokok, dua
botol air “COKE” dan pil-pil khayal penuh di dalam beg itu.
Asrul
cuba menerangkan semuanya tapi Cikgu Yusran terus menengking Asrul. Asrul lihat
sekali lagi setitis permata jatuh dari kelopak mata Cikgu Yusran. Asrul berasa
bersalah dan berdosa pada Cikgu Yusran.
Minggu
peperiksaan sebenar kian menjelang, hubungan Asrul dengan Cikgu Yusran semakin
renggang. Keputusan percubaan Asrul yang dulu sangat membanggakan. Asrul lulus
dengan cemerlang ketika itu dan hubungan Asrul dengan Cikgu Yusran sangat
rapat. Setiap hari Cikgu Yusran akan pastikan Asrul belajar didepan matanya
untuk persiapan menghadapi peperiksaan percubaannya yang lalu. Asrul sedar
ianya berpunca dari sikapnya sendiri. Dia rasa bersalah dan mula menjadi takut
untuk berhadapan dengan cikgu Yusran.
Namun,
kini Asrul terpaksa berdikari sendiri untuk membuat persiapan menghadapi
peperiksaan STPM tidak lama lagi. Cikgu Yusran langsung tidak menghiraukan
tentang persiapannya apatah lagi bertanya. Cikgu Yusran tidak lagi mengambil
peduli tentang Asrul. Sejak dimarah oleh Cikgu Yusran, Asrul mula belajar untuk
berhenti merokok dan meninggalkan pil-pil khayal. Dia tahu Cikgu Yusran begitu
kecewa dengan sikapnya itu.
Ketika
Asrul sedang duduk di kerusi berhampiran parkir kereta sambil menunggu Cikgu
Yusran untuk pulang selepas waktu sekolah, Cikgu Yusran terus memandu pergi
kereta itu tanpa menghiraukan dia.
Bermacam-macam
soalan yang bermain di dalam fikiran Asrul ketika dia melihat kelakuan Cikgu
Yusran tadi. Asrul menjadi semakin hairan dengan keadaan ketika itu.
“Kenapa cikgu tidak menghiraukan aku?” bisik
Asrul sendiri.
Tapi dia cuba untuk melupakan segala-galanya dan dia harus
belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan akan menjelma tidak lama lagi. Dia
harus fokus kerana dia tahu Cikgu Yusran hanya akan memaafkan jika dia membawa
keputusan yang cemerlang nanti. Ketika
pulang ke rumah Asrul terdengar suara seseorang memanggil namanya.
“Asrul,
Cikgu Yusran terlibat dalam kemalangan!” terduduk jatuh Asrul ketika itu.
Berita
yang disampaikan oleh kawanya itu betul-betul membuatkan dia berasa sedih dan
bersalah. Serta merta wajah Cikgu Yusran bermain di fikiran Asrul ketika itu.
“Cikgu
Yusran dah tak ada Asrul… cikgu telah mati di tempat kejadian”. Kata Fatah
kepada Asrul.
Hanya
tuhan sahaja yang tahu perasaan Asrul ketika mendengar berita tersebut.
“Asrul,
cikgu ada terbaca diari kamu hari tu. Cikgu bukan tidak mahu perdulikan kamu
lagi. Cikgu Cuma tidak berdaya untuk berhadapan dengan kamu sejak cikgu
terjumpa pil-pil khayal di dalam beg kamu dulu. Amanat arwah abang kamu ada
meninggalkan pesan supaya cikgu mendidik kamu dengan kasih sayang sebagai
seorang ayah. Tapi cikgu rasa bersalah sangat pada diri sendiri sebab tidak
dapat menjalankan amanat tersebut pada kamu. Walaupun kelakuan cikgu sejak
akhir ini seakan tidak memperdulikan kamu, tapi cikgu selalu bertanya pada
cikgu-cikgu lain tentang prestasi pelajaran kamu itu. Cikgu masih mengambil
berat tentang kamu. Cikgu tahu kamu kecewa sebab tidak membantu kamu membuat
persiapan menjelang STPM ini. Tapi percayalah, doa cikgu sentiasa ada untuk
kamu menghadapi peperiksaan STPM tidak lama lagi. Maafkan cikgu atas segala-galanya.
Pesan cikgu, kamu harus menjadi seorang yang berguna dan tidak lupa untuk
menunaikan solat dan seorang pelajar yang berjaya.
Sekian
dari Cikgu Yusran”
Air
mata Asrul mengalir laju tatkala membaca cebisan kertas yang ditinggalkan Cikgu
Yusran untuk dirinya di atas meja di dalam biliknya. Cebisan kerta itu
digenggam erat, kini baru dia terasa dirinya disayangi dan baru dia tahu dia
amat menyayangi Cikgu Yusran.
Hari
yang di tunggu-tunggukan oleh Asrul telah tiba iaitu peperiksaan STPM. Segala
tunjuk ajar arwah Cikgu Yusran telah Asrul curahkan pada setiap kertas
peperiksaan itu. Asrul dapat menjawab dengan tenang setiap kertas peperiksaan
itu sehinggalah selesai semua peperiksaannya.
Beberapa
bulan selepas Cikgu Yusran meninggal dunia, keputusan STPM pun diumumkan. Asrul
telah di umumkan sebagai pelajar cemerlang STPM 2010 peringkat sekolahnya.
Berkat doa arwah Cikgu Zainal membuatkan Asrul berjaya dengan cemerlang malah
dia berasa sangat gembira dan terharu dengan kejayaan itu.
“Mesti kalu abang dan Cikgu yusran masih ada
di dunia ini, merekalah orang yang paling gembira”. Bisik Asrul pada dirinya
sendiri. Lalu tersenyum.
Kini
Asrul tidak lagi merokok, dan tidak lagi meminum air “COKE” bersama pil
“ecstasy” yang hanya akan merosakkan dirinya. Asrul sangat berterima kasih
kepada arwah Cikgu Yusran kerana berjaya membentuk Asrul daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang merugikan dirinya. Asrul sangat bersyukur dapat hidup
dengan arwah Cikgu Yusran kerana tanpa arwah Cikgu Yusran mungkin dia tidak
akan berjaya dengan cemerlang. Begitu besar pengorbanan arwah Cikgu Yusran buat
dirinya.
“Terima
kasih cikgu, Asrul mendoakan cikgu diletakkan bersama-sama orang beriman” bisik
dari sudut hati kecilnya.. Kau ku hormati sampai bila-bila.
Asrul
telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Bacelor Pengajian Perniagaan selama
empat tahun di Universiti Malaya.
Kini
Asrul telah mengambil alih perniagaan arwah abangnya dan menjadi ahli
perniagaan yang terkemuka di salah sebuah daerah di negeri Kelantan iaitu Kuala
Krai.