Wednesday 9 September 2015

PERTANDINGAN MENULIS ESEI "PENJAGAAN MULUT"

Hari ini saya ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti pertandingan menulis esei bagi peringkat menengah atas yang bertemakan kesihatan iaitu 'Penjagaan Mulut". Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan oleh saya.






Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..

Monday 7 September 2015

Tips Mahu Tarik Perhatian Pelajar waktu PdP

Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai gen-y ini memang sangat mencabar bagi guru-guru untuk mengawal keadaan mereka di dalam kelas. Jadi di sini saya kongsikan sedikit hasil dari kajian dan penglaman saya dalam mengawal keadaan kelas ketika waktu PdP berlagsung.

Tips:
- wujudkan suatu keadaan yang selesa antara guru dengan pelajar iaitu berborak kosong dengan mereka tetapi perlu ada batas ketika berbual.
- Jadikan diri kita ini setaraf dengan mereka.
- Cuba masuk ke dalam dunia mereka dan belajar cara atau gaya gen-y bercakap.
- Nasihat pada mereka supaya tidak perlu jadi hipokrit ketika dalam kelas, sebaliknya jadilah diri sendiri.
- Beritahu kepada pelajar 'saya tidak kisah kalau kamu mahu biadap sama saya, tetapi satu yang saya minta iaitu niat yang ikhlas untuk belajar denga  saya'. Mudah-mudahan dengan sendirinya pelajar itu akan berasa malu dan menunjukkan rasa hormat mereka pada kita sebagai guru mereka.
- Cara pengajaran pula saya tidak mementingkan kuantiti sebaliknya kualiti yang menjadi keutamaan saya. Walaupun sedikit yang mereka belajar dalam satu-satu masa akan tetapi mereka lebih memahami apa yang diajarkan malah mereka mudah mengingati apa yang dipelajari.

Sunday 23 August 2015

Permulaan

Alhamdulillah

Sudah sekian lama aku tidak menjenguk laman coretan ini. Hari ini aku masih diberi peluang untuk terus bernyawa di bumi Allah ini. Aku panjatkan  syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya yang memberi aku sebuah kehidupan yang baik dan sihat sejahtera. Setelah empat tahun berlalu aku bertungkus lumus dalam menuntut ilmu di universiti dan akhirnya telah membuahkan kejayaan buat aku dan keluarga. 

Sejak 20 Ogos 2015 aku telah diberi pelantikan sebagai penjawat awam di sebuah sekolah di daerah Keningau Sabah. Ketika ini saat ini bermulalah satu perjalanan hidup aku sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa agar berjaya di masa hadapan. 

Doakan saya. 

Thursday 10 April 2014

Gelaran Bakal Tamat



Saban hari aku menantikan saat ini
Tanpa aku sedari bakal merindui saat ini
Segala cabaran onak duri aku rempuhi
Berbekalkan semangat teguh berdiri
Sejambak kenangan kekal dalam memori

Dikala terbit sang mentari
Hingga tenggelam sang mentari
Riang tawa bersatu hati
Selamanya tetap bersemat di hati

Dengan detik masa yang masih berbaki
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
Aku cuba untuk berbakti
Mendidik anak bangsa seikhlas hati
Mudah-mudahan diberkati

Setiap wajah kenalan aku tatapi
Raut wajah kenalan aku ingati
Suka duka bersama kita lalui
Walau tamparan besar tidak sekali digeruni
Malah berpegang erat tetap dihadapi

Sewaktu aku di gedung ilmu
Insan yang memikul gelaran sebagai guru
Ikhlas menggalas tanggungjawab mencoretkan aku
Dengan harapan yang bersatu
Muncul bangsa yang membantu

Tiada kata bakal aku ungkapkan lagi
Tiada lagi wajah yang menanti
Hanya seribu kenangan aku ingati
Kerana gelaran bakal diakhiri
Bila tiba masanya nanti


Fatan : UPM SERDANG

Monday 1 July 2013

Kau Ku Hormati

Kau Ku Hormati
Oleh Ahmad Fatan

Pangggg!!..  Satu penampar yang hinggap di pipi aku. Pada ketika itu dia merasa sungguh malang kerana telah ditampar oleh abangnya, Asrul terus pergi ke ibu kota untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Ini kali pertama penampar sulung yang singgah di pipinya. Dia merasakan dirinya tercabar setelah dipukul abangnya. Asrul merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Sewaktu di sekolah, “Asrul telah ponteng kelas  dan merokok di dalam tandas sekolah tadi!!!” kata-kata Cikgu Yusran  iaitu guru disiplin sekolah masih terngiang-ngiang di telinga abangnya.

Kata-kata itu juga menyebabkan dia memukul adiknya sendiri  dan dia memperlakukan adiknya juga seperti musuhnya. Dia memukul adiknya dengan sekerat  getah paip sehingga meninggalkan kesan berbirat pada badan. Hal itu menyebabkan Asrul tidak pulang ke rumah hingga lewat malam. Jauh di sudut hatinya berbuat begitu kepada adiknya tetapi kerana rasa geram, dia melakukan perbuatan itu tanpa menghiraukan adiknya yang menanggung kesakitan.

Sejak ditampar oleh abangnya, Asrul menjadi semakin teruk dan semakin parah perangainya. Daripada ponteng kelas dan menghisap rokok, Asrul mula belajar masuk ke Kelab malam, minum arak malah dia telah melanggan seorang  wanita pelacur. Hampir setiap malam Asrul akan pergi ke ibu kota untuk melepak dengan kawan-kawannya untuk pergi ke lembah maksiat itu. Di sekolah Asrul merupakan salah seorang pelajar yang sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Asrul juga merupakan anak emas di sekolah yang menjadi harapan para guru di sekolah itu. Tetapi perangai Asrul yang sering bersosial telah memburukkan reputasi dirinya sendiri.

Suatu hari lewat malam setelah  pulang dari ibu kota, Asrul sekali lagi ditampar oleh abangnya. Kali ini merupakan kali kedua abangnya menampar pada bulan itu. Kemarahan abangnya terhadap Asrul makin hari semakin dingin.

“Apa salah Asrul pada abang sehingga abang menampar Asrul macam ni?” Tanya Asrul pada dirinya sendiri.

“Abang tak mahu kau bergaul dengan budak-budak jahanam yang tak ada masa depan itu lagi.”

Marah abangnya kepada Asrul. Dia menjadi hairan, mengapa abangnya melarang dia daripada berkawan? Sedangkan sebelum ini tiada sesiapa pun pernah melarang dia berkawan dengan siapa sahaja. Asrul mula merasakan hidupnya dikongkong oleh abangnya. 

Dia perlahan menoleh ke belakang dan melangkah menuju ke biliknya tanpa menghiraukan nasihat abangnya itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil dan duduk termenung memikirkan mengapa abangnya berbuat demikian kepadanya.

“Apa salah aku, sedangkan aku tak pernah ambil kisah tentang hal dia?” Tanya Asrul kepada dirinya sendiri.

“Ayah, Asrul rindukan ayah, Asrul rindu nak bermanja dengan ayah. Kenapa ayah tinggalkan Asrul…” ucapan perlahan yang keluar dari bibirnya sambil merebahkan badan di atas tilam.

Sewaktu Asrul di tingkatan lima, dia begitu disayangi oleh ayahnya. Hampir setiap hari dia bersama keluarganya beriadah di taman. Pada suatu petang dia mengajak keluarganya pergi beriadah akan tetapi ayahnya menolak permintaannya. Asrul terus memujuk ayahnya dan terpaksalah ayahnya ikut manakala abang dan adiknya tidak ikut bersama. Pada ketika itu dalam perjalanan, dia dan ayahnya terlibat dalam satu kemalangan. Ayahnya telah meninggal dunia akibat dari kemalangan itu.

“Usop… malam tadi sekali lagi saya nampak Asrul dekat ibu kota. Masih belum terlambat lagi Usop untuk bentuk adik kamu itu. Kamu kena ingat Usop dialah satu-satunya adik lelaki kamu yang kamu boleh harapkan jika apa-apa yang berlaku kepada kamu nanti. Jika kamu gagal mendidiknya maka tiada siapa dapat mewarisi perniagaan kamu suatu hari nanti. Kamu tak boleh nak mengharapkan adik perempuan kamu tu. Nanti dah besar panjang dia kena ikut suaminya. Ingat itu Usop.. Dia tanggungjawab kamu!!” Ujar Cikgu Yusran kepada abang Asrul. Panas hati Asrul membaca mesej dari kawan abangnya itu.

Tanpa pengetahuan Asrul, Cikgu Yusran merupakan kawan baik abangnya masa belajar dulu. Hubungan mereka sangat akrab. Kini baru Asrul tahu kenapa abang sering marah pada dia ketika pulang dari sekolah. Cikgu Yusran yang menceritakan hal-hal di sekolah kepada abang rupanya. Hati Asrul semakin panas memikirkan Cikgu Yusran.

“Kalau aku bunuh cikgu ni… Aman hidup aku” kata Asrul pada dirinya sendiri. Marah sungguh Asrul pada cikgu itu.

Hari ini merupakan hari pertama Asrul ke sekolah setelah dia membaca mesej yang dihantar oleh Cikgu Yusran kepada abangnya. Sebelum ini hubungan Asrul dengan Cikgu Yusran sangat rapat. Jika ada masa lapang Asrul akan pergi ke bilik guru mencari Cikgu Yusran untuk bertanya tentang pelajaran. Asrul tidak menyangka Cikgu Yusran adalah kawan rapat abangnya dan melaporkan hal-hal dirinya. Mulai hari itu Asrul terlalu membenci cikgu itu. Kesalahan maksimum yang sering dilakukan oleh Asrul di sekolah hanyalah ponteng dan merokok. Tetapi sejak dia membenci Cikgu Yusran dia mula memancitkan tayar kereta Cikgu Yusran. Tidak cukup dengan tayar, kereta Cikgu Yusran pula dicalarkan. Asrul melakukan itu semua untuk membalas apa yang dilakukan oleh Cikgu Yusran terhadap dirinya. Dia sangat membenci cikgu itu!!
Suatu hari, Asrul terdengar abangnya batuk-batuk kesakitan. Dia tidak menghiraukan dan terus keluar pergi ke ibu kota. 

Ketika dia pulang lewat malam pada hari tersebut, “abang…bangunlah..abang bangunlah”. Bunyi suara adiknya.

Asrul bergegas naik terus menuju ke bilik abangnya. Setibanya di situ, Asrul melihat abangnya yang terbujur kaku di atas katil. Abangnya telah meninggal dunia kerana sakit asma.  Adiknya memberikan sepucuk surat yang telah ditinggalkan abang kepada Asrul.

“Bagi surat ini kepada kawan baik abang Cikgu Yusran” itulah yang tercatat pada sampul surat yang ditinggalkan.

Seminggu kemudian “Ini arwah abang tinggal untuk cikgu” Asrul memberikan surat tersebut kepada Cikgu Yusran.

“Yusran saya tahu kamu adalah sahabat saya selamanya. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada kamu. Asrul begitu dahagakan kasih sayang daripada seorang ayah. Saya tidak sempat untuk memberikan semua itu kepada Asrul. Saya amanahkan kepada kamu untuk menjaga Asrul dan adiknya. Saya berharap kamu tidak kisah menerima mereka berdua sebagai anak kamu. Didiklah mereka sebaik mungkin dan saya amanahkan kamu untuk ambil alih perniagaan saya buat sementara ini. Kelak suatu hari nanti kamu serahlah kepada Asrul”. Sebutir titisan yang bersinar jatuh menyelusuri pipi Cikgu Yusran setelah membaca surat tersebut.

“Kamu berdua tinggallah bersama saya” kata Cikgu Yusran kepada Asrul.

Asrul terdiam dan tidak berkata apa-apa. Asrul hairan

“Tinggal bersama dengannya? Kenapa cikgu ni? Aku tak buntulah pertolongan daripada dia” bisik Asrul sendiri.

Ajakan Cikgu Yusran masih tidak dijawab. Setelah Cikgu Yusran membaca surat itu tadi dia rela menjalankan amanah yang ditinggalkan oleh sahabatnya.

 “Saya akan didik mereka berdua seperti anak sendiri, itu janji saya” bisik Cikgu Yusran sendiri.

Sudah sebulan Asrul tinggal dengan Cikgu Yusran, segala suruhan Cikgu Yusran Asrul lakukan. Masa solat dan belajar sering dilakukan bersama Cikgu Yusran. Asrul seorang yang liat untuk melakukan solat akhirnya akur dengan perintah Cikgu Yusran yang tidak pernah jemu menyuruh Asrul menunaikan solat. Asrul berasa seperti mendapat kasih sayang seorang ayah tinggal bersama dengan Cikgu Yusran kerana sering solat berjemaah begini. Cikgu Yusran selalu bertanyakan masalah kepada Asrul dan selalu mengambil berat tentangnya. Tetapi ada satu kelainan, dengan Cikgu yusran, Asrul tidak boleh keluar malam sesuka hati seperti dulu, dia tidak dapat lagi melepak bersama kawan-kawannya.

Cikgu Yusran menyangka Asrul sudah tidak merokok tetapi hakikatnya Asrul masih lagi merokok. Tiba-tiba suatu petang ketika Cikgu Yusran ingin mengambil telefon bimbit yang tertinggal di dalam keretanya, Cikgu Yusran ternampak beg Asrul di tempat duduk belakang. Sedang Cikgu Yusran mengangkat beg Asrul, dia ternampak satu kotak rokok dan pemetik api di dalam beg Asrul. Termenung Cikgu Yusran ketika itu. Apa yang membuatkan Cikgu Yusran lebih kecewa apabila dia terjumpa satu botol air minuman “COKE” dan pil “ecstasy” setelah memeriksa beg Asrul. Cikgu Yusran terus keluar dari kereta itu. Tiada kata untuk di ucap ketika itu hanyalah air mata Cikgu Yusran yang menitis-nitis jatuh ke lantai.

Mulai dari hari itu Cikgu Yusran mula bersikap tegas apabila berhadapan dengan Amir. Cikgu Yusran berharap dapat mendidik dengan sepenuhnya. Asrul mula menjadi berang apabila Cikgu Yusran mula berubah sikap. Dia memberanikan diri bertanya.

“Apa Asrul dah buat?” Tanya Asrul.

Cikgu Yusran semakin marah apabila Asrul menyoal dia pula. Dia terus menarik tangan Asrul masuk ke kereta dan menyuruh membuka begnya itu. Pada awal Asrul enggan membuka beg itu, setelah dipaksa baru Asrul membukanya. Pemetik api, rokok, dua botol air “COKE” dan pil-pil khayal penuh di dalam beg itu.
Asrul cuba menerangkan semuanya tapi Cikgu Yusran terus menengking Asrul. Asrul lihat sekali lagi setitis permata jatuh dari kelopak mata Cikgu Yusran. Asrul berasa bersalah dan berdosa pada Cikgu Yusran.
Minggu peperiksaan sebenar kian menjelang, hubungan Asrul dengan Cikgu Yusran semakin renggang. Keputusan percubaan Asrul yang dulu sangat membanggakan. Asrul lulus dengan cemerlang ketika itu dan hubungan Asrul dengan Cikgu Yusran sangat rapat. Setiap hari Cikgu Yusran akan pastikan Asrul belajar didepan matanya untuk persiapan menghadapi peperiksaan percubaannya yang lalu. Asrul sedar ianya berpunca dari sikapnya sendiri. Dia rasa bersalah dan mula menjadi takut untuk berhadapan dengan cikgu Yusran.

Namun, kini Asrul terpaksa berdikari sendiri untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan STPM tidak lama lagi. Cikgu Yusran langsung tidak menghiraukan tentang persiapannya apatah lagi bertanya. Cikgu Yusran tidak lagi mengambil peduli tentang Asrul. Sejak dimarah oleh Cikgu Yusran, Asrul mula belajar untuk berhenti merokok dan meninggalkan pil-pil khayal. Dia tahu Cikgu Yusran begitu kecewa dengan sikapnya itu.

Ketika Asrul sedang duduk di kerusi berhampiran parkir kereta sambil menunggu Cikgu Yusran untuk pulang selepas waktu sekolah, Cikgu Yusran terus memandu pergi kereta itu tanpa menghiraukan dia.
Bermacam-macam soalan yang bermain di dalam fikiran Asrul ketika dia melihat kelakuan Cikgu Yusran tadi. Asrul menjadi semakin hairan dengan keadaan ketika itu.

 “Kenapa cikgu tidak menghiraukan aku?” bisik Asrul sendiri.

 Tapi dia cuba untuk melupakan segala-galanya dan dia harus belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan akan menjelma tidak lama lagi. Dia harus fokus kerana dia tahu Cikgu Yusran hanya akan memaafkan jika dia membawa keputusan yang cemerlang nanti. Ketika pulang ke rumah Asrul terdengar suara seseorang memanggil namanya.

“Asrul, Cikgu Yusran terlibat dalam kemalangan!” terduduk jatuh Asrul ketika itu.

Berita yang disampaikan oleh kawanya itu betul-betul membuatkan dia berasa sedih dan bersalah. Serta merta wajah Cikgu Yusran bermain di fikiran Asrul ketika itu.

“Cikgu Yusran dah tak ada Asrul… cikgu telah mati di tempat kejadian”. Kata Fatah kepada Asrul.
Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Asrul ketika mendengar berita tersebut.

“Asrul, cikgu ada terbaca diari kamu hari tu. Cikgu bukan tidak mahu perdulikan kamu lagi. Cikgu Cuma tidak berdaya untuk berhadapan dengan kamu sejak cikgu terjumpa pil-pil khayal di dalam beg kamu dulu. Amanat arwah abang kamu ada meninggalkan pesan supaya cikgu mendidik kamu dengan kasih sayang sebagai seorang ayah. Tapi cikgu rasa bersalah sangat pada diri sendiri sebab tidak dapat menjalankan amanat tersebut pada kamu. Walaupun kelakuan cikgu sejak akhir ini seakan tidak memperdulikan kamu, tapi cikgu selalu bertanya pada cikgu-cikgu lain tentang prestasi pelajaran kamu itu. Cikgu masih mengambil berat tentang kamu. Cikgu tahu kamu kecewa sebab tidak membantu kamu membuat persiapan menjelang STPM ini. Tapi percayalah, doa cikgu sentiasa ada untuk kamu menghadapi peperiksaan STPM tidak lama lagi. Maafkan cikgu atas segala-galanya. Pesan cikgu, kamu harus menjadi seorang yang berguna dan tidak lupa untuk menunaikan solat dan seorang pelajar yang berjaya.
Sekian dari Cikgu Yusran”

Air mata Asrul mengalir laju tatkala membaca cebisan kertas yang ditinggalkan Cikgu Yusran untuk dirinya di atas meja di dalam biliknya. Cebisan kerta itu digenggam erat, kini baru dia terasa dirinya disayangi dan baru dia tahu dia amat menyayangi Cikgu Yusran.

Hari yang di tunggu-tunggukan oleh Asrul telah tiba iaitu peperiksaan STPM. Segala tunjuk ajar arwah Cikgu Yusran telah Asrul curahkan pada setiap kertas peperiksaan itu. Asrul dapat menjawab dengan tenang setiap kertas peperiksaan itu sehinggalah selesai semua peperiksaannya.

Beberapa bulan selepas Cikgu Yusran meninggal dunia, keputusan STPM pun diumumkan. Asrul telah di umumkan sebagai pelajar cemerlang STPM 2010 peringkat sekolahnya. Berkat doa arwah Cikgu Zainal membuatkan Asrul berjaya dengan cemerlang malah dia berasa sangat gembira dan terharu dengan kejayaan itu.

 “Mesti kalu abang dan Cikgu yusran masih ada di dunia ini, merekalah orang yang paling gembira”. Bisik Asrul pada dirinya sendiri. Lalu tersenyum.

Kini Asrul tidak lagi merokok, dan tidak lagi meminum air “COKE” bersama pil “ecstasy” yang hanya akan merosakkan dirinya. Asrul sangat berterima kasih kepada arwah Cikgu Yusran kerana berjaya membentuk Asrul daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan dirinya. Asrul sangat bersyukur dapat hidup dengan arwah Cikgu Yusran kerana tanpa arwah Cikgu Yusran mungkin dia tidak akan berjaya dengan cemerlang. Begitu besar pengorbanan arwah Cikgu Yusran buat dirinya.

“Terima kasih cikgu, Asrul mendoakan cikgu diletakkan bersama-sama orang beriman” bisik dari sudut hati kecilnya.. Kau ku hormati sampai bila-bila.

Asrul telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Bacelor Pengajian Perniagaan selama empat tahun di Universiti Malaya.

Kini Asrul telah mengambil alih perniagaan arwah abangnya dan menjadi ahli perniagaan yang terkemuka di salah sebuah daerah di negeri Kelantan iaitu Kuala Krai.


Saturday 16 February 2013

Seorang Insan


Dia yang hidung separuh mancung
Dia yang bermata seakan hitam keperangan, bertanda hitam kecil di pipi kiri, fizikalnya kurus dan sederhana tinggi.
Dia jenis yang tegas apabila dalam menjalankan kerja dan dia jenis yang “sempoi”  tidak suka berhias dan hanya suka berpakaian biasa “slumber” .
Dia yang pernah ku kenali pada awalnya memang seorang yang  lantang bersuara bila ingin bertanya. Aku sangkakan dia ini seorang yang jenis pemalu. Kali pertama ku melihat dia dengan tanpa segan silu mengangkat tangan dan bertanya. Anggapan ku ketika itu, dia ini seorang yang berpengalaman. Setiap tutur dan patah perkataan yang keluar dari bibirnya begitu bersistematik dan tersusun serta begitu jelas. Tergaman ku melihatnya pada ketika itu.
Ku merasakan diri ini begitu rendah dan berada di bawah berbanding dengan dia. Akan tetapi tidak apalah itu namanya insan yang dicipta berbeza-beza di muka bumi ini.
Tiga bulan berlalu dan ku hanya mampu memerhati dia sahaja. Ku merasakan diri ini tidak boleh lagi dan belum bersedia  untuk berkenalan dengan dia mahupun bersua muka dengan dia. Terasa diri ini begitu kerdil bila berhadapan dengan dia. Ku hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh dia. Setiap apa yang dilakukan, ku terpaku melihatnya. Ku ingin menjadikannya contoh untuk diikuti. Sepanjang tiga bulan yang berlalu, ku hanya mampu melihatnya dari jauh.  Hati ini seakan bersuara dan mengajak ku untuk menghampirinya tetapi ku tidak terdaya.
Dia hanya insan biasa sama seperti ku. Dia jenis yang ceria. Dia selalu senyum bila berhadapan dengan seseorang. Jarang sekali ku melihatnya bermasam muka. Ditakdirkan ku dan dia digandingkan bersama untuk menjalankan tugas yang sama. Di situ bermulanya titik permulaan ku mengenalinya.
Setelah ku meluangkan masa bersamanya sepanjang menjalankan tugas, hati ku mengatakan dia seorang insan baik hati. Kadang-kala sikap dia agak kasar. Di dalam kekasarannya ada terselit kelembutan seorang insan berhati mulia. Sikapnya membuatkan ku selesa bersama dengannya. Sikapnya juga bertanggungjawab dan tidak pernah mementingkan diri sendiri. Ku kagumi dia yang tidak pernah sedetik pun terlupa akan sahabat temannya. Sebaliknya setiap detik dia memikirkan hal-hal sahabat temannya. Dia tidak putus berusaha mencuba untuk memuaskan hati sahabat teman walaupun di sebaliknya  diri terseksa. Apabila ku dalam keresahan muncul dia datang memberikan pertolongan dan mungkin itu satu kebetulan seakan dia mendengar bisikan hati ku ini. Dia tidak suka menceritakan masalahnya kepada sahabat teman. Ku tahu dia sukar untuk meluahkannya. Ku juga tahu dia tidak ingin menyusahkan dan melibatkan sahabat teman dalam masalahnya. Ku pernah bertanyakan masalahnya akan tetapi apa yang keluar dari mulutnya “nanti saya cerita ya”. Setiap kali ku bertanyakan masalah itulah yang selalu ku dapat. Dia memaksa diri ku bersabar untuk mendengarnya menceritakan sehingga dia menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku itu terlebih dahulu. Dia telah mengajar ku erti bersabar. Insan seperti dia sangat bermakna bagi ku. Insan seperti ini telah ku pahatkan dalam ingatan selamanya. Semoga ukwah diri ku dan dia terus berpanjang.

Sunday 3 February 2013

Kisah Stileto Bahagian 8


Situasi : Kantin sekolah

Waktu rehat semua pelajar sekolah ke kantin untuk makan. Pada masa yang sama muncul seorang perempuan (‘Ema’ bukan  nama sebenar) yang fizikalnya sederhana rendah, bermata bulat dan kehitaman, bibir nipis kemerahan serta kulitnya putih lembut dan seorang yang pemalu.

Jejaka : Hai lama tak nampak awak.
Ema    : (senyum) Awak ke saya yang lama tak nampak?
Jejaka : Awak lah. Saya selalu je lalu depan kelas awk tapi awak buat tak tahu je.
Ema    : Maklumlah awak dah ada orang sayang, saya dah tak boleh nak buat macam dulu lagi.
Jejaka : Itu bukan alasannya. Saya tetap kawan awak yang pernah awak kenal sebelum ini.
Ema    : Saya kira beranggapan awak dah tak macam dulu lagi la. Maaflah awak awak bukan orang
            yang saya pernah kenal dulu. Awak sudah banyak berubah sekarang.  
Jejaka : Tak kira lah macam mana pun, saya tetap anggap awak sebagai kawan baik saya.
Ema    : Baiklah awak, saya minta diri dulu dan selamat berbahagia.

Tiba-tiba Bunga muncul dari belakang Jejaka.

Jejaka  : Eh Bunga... (terkejut)
Bunga  : Siapa Ema pada awak?
Jejaka  : Tak ada siapa-siapa.
Bunga  : Setahu saya Ema itulah yang suka kat awak dulu kan?
Jejaka  : Eh mana ada macam itu, dia hanya kawan baik saya masa form5 dulu lah.
Bunga : Saya dapat tahu cerita yang awak pernah nak ‘tackle’ dia dulu kan. Takkan tak ada apa-apa
              antara awak dengan Ema?
Jejaka : Saya dengan Ema tak ada apa-apa lah awak, ini mesti awak cemburu kan?
Bunga : Saya nak tanya, sebelum awak suka kat saya dulu, adakah awak pernah menaruh  apa-apa
              Perasaan pada dia?
Jejaka : Tak pernah lebih dari seorang kawan awak.
Bunga : Ada orang bagitahu saya yang Ema itu suka sangat kat awak. Kenapa awak tidak layan dia?
Jejaka : Dah namanya kawan takkan la saya nak buat lebih-lebih pula.
Bunga : Kalau suka cakap la suka senang.... (mimik muka masam) tak payahlah nak ‘couple’ dengan
             Saya kalau dah ada orang suka.

Bunga berlalu pergi dengan perasaan cemburu dan marah. Jejaka tidak menghiraukannya.


<<Bersambung>>