Wednesday 25 January 2012

Jumpa kawan masa kecik-kecik dulu

Alhamdulillah...diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berkumpul berjumpa semula dengan kawan-kawan masa sekolah rendah dulu.

Balik je cuti mesti ada reunion. Kalau takda memang xsah. Tapi yang kene handle semua tuh takde orang lain tup-2 aku ngn Isma jugak. Tapi takpe, satu kepuasan la untuk aku sebab aku memang minat pon benda-benda macam ni daripada duk umah takde benda nak buat. Terima kasih kepada reunion planer Isma, Ayu, Kak Nor a.k.a Noona Nano dan Nik Lina. Kalo takde korang tak menjadi kita punyer reunion. Masa reunion tuh aku sempat gak shot gambar beberapa keping boleh la untuk jadi tatapan.

                   Menu macam biasa la..kalo reunion mesti ada BBq. Wow..ayam tu nampak sedap je, tengok la sape yang buatkan mesti la pemilik blog ni hahaha!. Tapi aku sedey dapat merasa dua tiga ketul je sebab sebok duk shot gambo. 


                    Ni je yang tinggal kaum hawa hahaha. Yang lain ada tak dapat join sebab tak dapat cuti. Tapi yang unik nyer, diorang dari awal datang teros melekat kat atas tikar tu tak berganjak pon hahaha tunggu ayam bakar sampai diorang yang servis dulu hahaha...takde la diorang ni bagus2 semua, diorang la yang tolong sediakan meehun, buah tu semua. 


                         Ni special seket. Reunion ni sebenar nyer untuk tunaikan hasrat orang yang belajar jaoh. Dia ni la yang nak sangat jumpa kawan-kawan sekolah masa kecik dulu. Katanya dah 10 tahun tak jumpa jadi nak kenal la rupa masing-masing. 


                     Ni la ahli yang dapat join.. apa2 pun sangat best dapat jumpa kawan masa kecik dulu. Aku harap 10 tahun lagi dapat jumpa lagi dengan diorang. Masa tu nanti tengok dah kawen semua dapat anak mesti lagi seronok.

Kat bawah ni ada lagi gambo..LAYANJER


                               Kata kawan kita sorang tu..Cik yang kat atas ni macam pelakon hahahaha!Q



                                                         Perghhh...Hensommm habesss...




                                               sorang satu...gabungan dua sahabat..syok makan


                                                                  Ha..ni sepupu Gua!

                                               Feeewwwiiitttttt!......hahahaha     senyum lebo dia

                                                      Kena paksa buat kerja...hahahahahha...























          Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir. Kepada kawan-kawan yang tak tahu pasal reunion ni Hambe minta maaf banyak sebab kekangan masa tak sempat nak pegi cari sorang-sorang. Laen
                                                                  kali kita buat lagi.

                                                         ***Thanks for watching guys***

Saturday 21 January 2012

Kisah Stileto - Bahagian 5

JEJAKA: Awak mari la sini kejap
BUNGA: Ape dia U ni..
JEJAKA: Kan saya dah bagitau tadi suruh awak tunggu kejap. Saya ada benda nak cakap ni
BUNGA: Aiihh macam-macam la U ni..hah apa, cepat la cakap, lewat dah ni nak masuk kelas.
JEJAKA: ok..ok..macam ni awak..sebenarnya saya...saya....mmm..macam mana eh nak cakap..
BUNGA: Cakap la cepat...ai budak ni!
JEJAKA: Esok awak free tak lepas habis kelas?
BUNGA: Em..tak tahu lagi..kenapa?
JEJAKA: Tak..macam ni, saya nak ajak awak keluar, saya nak belanja makan. Awak sudi ke?
BUNGA: Amboi...baru kenal tak sampai sedekad dah nak ajak keluar. Eh U ingat I ni macam perempuan
               -perempuan lain ke? Sory la..I tak nak. I ada kerja.
JEJAKA: Bukan macam tu lah, saya tak maksudkan yang macam tuh. Awak ni belum apa-apa dah fikir
               macam tu. Saya ni niat nak belanja awak makan je sambil tu nak kenal dengan lebih rapat lagi.
BUNGA: Eh..ingat U masih dalam tempoh percubaan lagi. Selagi U tak tak berhenti buat apa yang I minta
               tempoh hari, selagi tu I tak nak. Okey!

Berlagak pulak minah ni bujet bagus la tu kata Jejaka dalam hati.

JEJAKA: Saya masih ingat la..dan saya dah berhenti merokok ha. Tak caya awak cium la bau saya tiap-tiap
               pagi.
BUNGA: Hah!..U nak suruh I cium bau U pagi-pagi. Eh sory la tu bukan kerja I, apa U ingat mulut U tu bau
                yang best-best ke? Mulut macam bangkai ada la.
JEJAKA: Dah tu..saya nak buktikan macam mane lagi supaya awak percaya. Cakap pun bukannya awak
               nak percaya. Jadi tu lah caranya. Betol tak awak?
BUNGA: I tak kira, apa-apa cara sekalipun..tu U punya pasal. Okey!
JEJAKA: (Terdiam seketika)......

Dah naik meluat aku dengar minah ni cakap. Dah la pakai U I U I, kalau tuannya tu mat salleh tak apa lah, ni melayu macam aku jugak. Tapi tak apa aku akan teros bersabar kata Jejaka dalam hati.

JEJAKA: Tak apa lah awak..nanti saya fikirkan cara lain. Saya akan buktikan pada awak nanti.
BUNGA: Watevaaa la U..


<<BERSAMBUNG>>

Friday 20 January 2012

Tetap Pendirian

Salam...kenkawan semua.

Entry ari ni aku nak cakap pasal pendirian. Setiap orang masing-masing ada pendirian dan berbeza antara satu sama lain. Hidup kita perlu ada pendirian yang tetap kerana ia membantu kehidupan kita dan setiap benda yang kita buat kene berpaksikan pendirian kita. Aku ni di asuh sejak kecil lagi untuk hidup bersederhana. Itu lah pendirian yang aku bawa sampai ari  ni. Tapi ada sesetengah orang tak suka dengan pendirian aku. Walau macam mana sekali pun aku tak kesah la apa orang nak fikir dan nak nilai pasal aku yang penting aku tetap dengan pendirian aku dan...aku rasa besederhana adalah terbaik untuk aku. Okey "gostraighttothepoint"..dalam memilih pasangan hidup dalam islam pon ada ajar agar memilih pasangan hidup yang bahagia kan. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing nak usahakan macam mane nak dapat pasangan yang macam tu. Kalau macam aku, aku tak pandang pada harta kekayaan aku hanya pandang pada budinya sahaja. Rupa tak penting tapi hati baik. Agama mesti lah islam. Perangai pasangan yang menjengkelkan aku paling tak suka. Contoh perangai yang suka mengada-ngada sangat aku tak suka. Aku di ajar di didik agar hidup ni jangan menyusahkan orang lain, semua benda aku kene buat sendiri dulu dan kalau dah terdesak sangat baru minta pertolongan dari sesapa. Pendirian aku juga kalau dah tak suka kat sesuatu cukup untuk sekali tu saje dah tak der kompromi lagi. Pengalaman aku nak kata banyak takder la banyak sangat dalam hal ni, tapi dah penah kena..senang je orang NAK dan senang juga orang BUANG aku macam tu je. Tapi takper benda tu semua membuatkan aku lebih berpegang pada pendirian aku.

semua tu sekadar perkongsian bersama.

Thursday 19 January 2012

Mek Meriah

Salam kenkawan semua..entry kali ni satu lagi pasal kawan aku. Hari ni aku nak citer pasal sorang ni plak. Nama dia ni JUE. Nama dah chantekkk...tuannyer apetah lagi mesti lah chantek jugak kan haha. Asalnye kat jerantut dan dia ni sering kene perli kat pensyarah kitaorang Pak Oma. Tiap kali kelas dengan Pak Oma, bila JUE ni bersuara mesti kene perli kat Pak Oma hahahaha! Ayat yang selalu kene perli " MU apo, mu jerantut mulut mu srupo burung murai " hihihi.. Aku kenal dia kira-kira stahun lebih la. Dari mula aku kenal dia perghhh mulut meriah la...kalo kat dalam kelas dia la yang paling kuat cakap. Agaknyer JUE ni jenis suka cakap kot, takpun masa kecik-kecik dulu dia memang dilatih untuk cakap banyak hahaha. Tapi bagi aku takper, aku lebih lebih senang dengan orang yang macam ni senang nak bawa berborak. JUE  ni jenis rajin orangnyer. Aku penah bekerja dengan dia sangat memberi kerjasama la. Orang kata  kala buat kerja dengan orang macam ni, kerja yang susah pon jadi senangkan...hahaha. Kalo melibatkan masa, ha..dia ni memang sharp gilerrr. Janji jam brape pon, mesti dia ada kat situ lebih awal lagi. Bila dah lama kenal dengan JUE ni, baru aku tahu dia ni suka bergaya. Fesyen dia perghhh macam mak-mak datin hahhaa! MAK DATIN TUUUU..baju chantek, selipar chantekk, kalo dah semua chantekkk mesti dia pakai yang branded je kan. Ha..satu lagi yang aku tahu pasal dia, dia ni suka sangat la ber"make-up"..siap buat entry lagi dalam blog dia pasal dia kene mekup kat kawan dia yang nama FLOoww haha. Yang mekup mekup ni xheran la sebab dah memang sifat orang pompuan suka benda-benda hias diri neh. Kalo tak mekup orang lama-lama kata tak sah kan. Dia ni aktif berbloger jugak orangnyer. Aku suke baca blog dia, pandai dia menulis, menarik dan tak memboringkan kalo ada entry yang panjang-panjang pon, ade je gimik yang dia buat sangat-sangat awesome!!..rasanyer takat tu jelah nk citer pasal dia. Nanti lebih-lebih lain plak jadinyer. AKU SENANG KAWAN dengan MEK MERIAH NEH!!! hahahahaha...

**kalo tuannyer terbaca jangan marah..hoho.

Wednesday 18 January 2012

Dia Sahabat

Teringat kenangan lalu masa mula-mula menjejakan kaki ke IPTA. Hari pertama, bermula lah aku berdikari sendiri di situ. Semua benda aku terpaksa explore sendiri. Orang kata kat U ni semua kene buat sendiri. Jadi awal-awal aku dah siapkan mental untuk hadapinya. Sem 1, aku bertemu dengan semua budak-budak kos aku seramai 50 orang. Masa tu aku hanya tengok je Dia dan masa tu jugak berlaku sesi kenal-kenal la dan masa tu jugak aku tahu nama Dia. Bermula lah rutin harian ke  kelas. Bila jumpa kat kelas Dia senyum. Masa tengah jalan-jalan terserempak pulak dengan Dia senyum lagi Dia. Masa tu tak kenal lagi dengan Dia, cuma tahu nama Dia je. Susah betul nak memulakan satu hubungan persahabatan ni dengan Dia. Di akhir sem 1, baru la aku ni mula beborak dengan Dia. Borak tu takder panjang-panjang cuma cakap gitu je. Masa tu aku ni jenis malu-malu lagi sebab tak yakin dengan diri sendiri. Aku dari kecik sampai umo 20 makan budu. Cakap pon bau budu, cuba cakap KL pon bau budu jugak. Asik-asik kene gelak kat orang je. Tapi takpe slow-slow ak belajar cakap KL haha. 
Masuk sem 2 pulak.. hari petama kuliah bertemu dengan Dia. Aku pon senyum la kat Dia. Masa tuh dah mula borak-borak panjang seket sebab dah kenal satu sem lepas jadi macam biasa la dah takder segan-segan lagik. Makin hari makin kenal aku dengan Dia sebab selalu berjumpa masa buat latihan tugasan puisi. Hari-hari duk train Dia untuk berlakon hahaha macam pengarah tersoho pulak aku ni. Orang kata makin hari makin mesra hahahaha! Alhamdulillah sampai akhir sem aku dengan Dia dah macam jadi kawan dan boleh borak-borak dengan sporting nyer. 
Masuk sem 3 pulak. Aku makin kenal dengan Dia. Kadang-kadang aku minta tolong dengan Dia, tolong bawa kan aku krepek pisang hahaha. Kerana krepek tu, ak minta tolong bawakan untuk aku satu lagi, tapi kesian jugak kat Dia aku asik minta tolong je. Apa yang penting aku rasa bertuah dapat kenal Dia. Masa aku terdesak ada je Dia datang menghulurkan bantuan kat aku. TERHARU. PERTOLONGAN DIA, BUDINYA AKAN AKU BALAS BALIK...TERIMA KASIH SAHABAT!..semoga berjumpa lagi hari hadapan. 

**atas permintaan seorang sahabat aku coretkan di atas. Untuk orang minta ni nantikan entry terbaru plak ea. Aku tulis tentang mu plak.

Tuesday 17 January 2012

::HobiBaru::

Ahad-Upm 15.01.2011: Dalam perjalanan pulang ke kampung, Ini lah hasil aku sambil tengah tunggu bas untuk ke kTm serdang sampai, sempat lak aku amek gambo ni. Hari tu awan cantik sangat, tetiba je aku bawa keluar camera kesayangan ku untuk shoot sekeping dua. Ini lah hasil self explore..


 Nak amek gambo macam orang dah profesional kita tak reti sbb kita dalam proses belajar lagi tentang selok belok pasal camera ni. Dah la nak pelihara camera ni sangat memerlukan modal yang banyak sikit.Bila dah beli satu mesti ada je yang rasa nak tambah-tambah aksesori. Tapi apekan daya nak memiliki lense yang bagos belom tercapai lagi, terpaksa la aku menggunakan apa yang ada ni untuk merangkak "slow-slow" untuk mempelajari teknik supaya dapat amek gambar yang lebih baik dan cantik. Mungkin dalam masa cuti sebulan ni, ini lah yang menjadi kegiatan seharian aku sebab nak keje pon takder orang nak amek. Buka sem baru nanti target aku nk beli lense "55mm". Leh pakai lense tu nanti makin banyak la aku 'shoot' muka orang nak buat koleksi potret.

Tuesday 10 January 2012

Bayang-bayang

Saban hari, makin hari, setiap hari berlalu, esok hari, hari-hari...hah hambek ko..banyak betol hari nya. Kadang-kadang resah jugak disebabkan bayang-bayang ni. Susah tak tau nak fikir, kenape la bayang-bayang ni? Asyik datang je dalam fikiran aku. Time aku tak nak fikir la dia gatal-gatal datang pulak..adoiii. Bayang-bayang ni boleh dipercayai ke tak? aishhh...boleh percaya ke tak?...arghhh...tak tahu nak fikir. Bila bayang-bayang ni datang ada la benda-benda yang dia buat aku terfikir serba salah. Hati kata nak, otak pulak kata jangan. Benda macam ni berpunca dari kesilapan aku kot. Tapi kalau difikirkan balik ada jugak baiknya. Time teringat rasa membuak-buak je dalam hati ni, tapi rasa tu selalu dipatahkan oleh kuasa otak. Ape kene ngn otak aku ni? selalu je tak seiya sekata dengan hati. Time makan. mandi dan tido pon bayang-bayang ni selalu je ada..kuat betol penangannya. Mencari jalan keluar dari bayang-bayang ni sangat susah tiap masa duk ingat, kalau lah aku boleh ingat semua pasal belajar tiap masa kan senang untuk jawab exam..Walau apa pun terjadi aku harus memikirkannya dengan baik dan terus usaha dalam mencari jalan penyelesaian bayang-bayang ni.

**rekaan semata-mata untuk tatapan**

Monday 9 January 2012

Perlu Ke?

Perbualan dua sahabat..

SIMAH: Alahaiiii...kawen kawen kawen!
AIDA: Kenapa Mah dengan kawen tu?
SIMAH: Kawen impian aku. Ko xnak kawen ke?
AIDA: Tak terdetik lagi dalam hati ni..
SIMAH: Kesian-kesian...kat ko Da
AIDA: Kenapa ko nak kawen Mah?
SIMAH: Aida.....boleh plak ko tnya ak macam tu..ko ni xnak ke hidup berlaki?
AIDA: Emmmm..xtahu nak jawab.
SIMAH: Kalau kawen...nati ko ada suami, akan ada anak nanti..suami ko bleh jaga ko..barulah gembira
              hidup.
AIDA: Betul ke ape yang ko rasa tu?
SIMAH: Aida...kawen tu lumrah kehidupan kita. Aku tengok orang lain kawen nampak bahagia je. Teringin
              aku tau..
AIDA: buat masa ni...tumpang bahagia orang je la dulu..
SIMAH: Habis tu..sampai bila Aida?
AIDA: Sampai seru la..
SIMAH: Kalau ko nak tunggu tu sampai bila la..entah-entah jadi anak dara T**..hihihi
AIDA: Aku berserah kepada yang Maha Esa..
SIMAH: Kalau berserah xboleh Da, kita kene usaha merancangnye..aku xnafikan Allah yang menentukan.
AIDA: Ya...itu aku tahu..tapi buat masa ni..pada pandangan ko perlu ke aku?

** Merungkai persoalan tapi gembira melihat orang lain kawen**

Sunday 8 January 2012

Kisah Stileto - Bahagian 4

Kini bermula tempoh cabaran tersebut...

Jejaka pon mula mengatur stategi nya untuk menyahut cabaran yang diberikan oleh Si Bunga tu. Sejak dari hari tu, Jejaka dah mula mengubah perangainya. Jejaka tidak lagi merokok kerana si Bunga tu menyatakan dia xsuka lelaki merokok..Setiap hari Jejaka ni datang ke sekolah  seawal pagi kerana konon-kononnya nak beborak la sebelom perhimpunan pagi..pada suatu hari..

JEJAKA: *awal nye aku datang hari ni. (bercakap sendiri) ape ak nak buat ni kalau dia datang awal..apa
                 aku nak cakap ngn dia..

Tiba-tiba Si Bunga sampai ke kelas. Masa ni diorang berdua je..ehem2

JEJAKA: Hai...awak. Awal datang hari ni. 
BUNGA: Pelik ke kalau saya datang awal? semua hal I ada je U nak tahu kan.
JEJAKA: Alahai...tu pun nak marah, kita tanya je..bukan nya buat apa-apa.
BUNGA: Tau la...
JEJAKA: Awak...cantik la hari ini, muka tu berseri-seri..

Si Bunga lalu pon tersenyum..*malu la kononnya,.rupa-rupa baru Jejaka tahu, sebelom takda pon orang berani nak puji Bunga ni. Sebab Bunga ni bukannya suka bergaul dengan orang lain. Kalau bergaul pon dengan kawan rapatnya je.

JEJAKA: Malu la tu...tapi awak iklas ni, saya tak main-main apa yang keluar dari mulut saya tu adalah ikhlas
BUNGA: Boleh percaya ke? I tengok muka pun dah...eeeee..
JEJAKA: Kenapa awak? ada yang tak kena ke dengan muka saya. Tahu la saya ni rupanya takda..tapi
               sekurang-kurangnya hati saya baik...hihihihi
BUNGA: Eh..baik ke jahat ke ada aku kisah...benda dalam ni kalau ucap dengan kata-kata susah nak
                percaya la. 
JEJAKA: Habis tu..takkan la awak nak buka hati saya baru nak percaya. Doktor pon tak boleh buat macam
                tu. Kalau macam ni sampai ke mati la awak susah nak percaya kat orang.
BUNGA: Ha....tau pun U, tak payah nak puji-puji I pagi-pagi ni. I takda masa!
JEJAKA: Awak ni tak habis-habis dengan perangai tu, cuba la buka sikit mata tu..
BUNGA: Eh..kan I dah buka mata ni kan..ke apa yang U nampak ni? (sambil menunjukan jari ke mata
JEJAKA: Saya nampak mata awak yang luas tu je...tapi sayang mata macam orang buta..hahahahah....
BUNGA: U....jangan nak buat lawak pagi-pagi ni..kan ada je yang nak merasa penampar I ni..U nak ke?

Loceng kelas berbunyi, semua pelajar bergerak ke tapak perhimpunan...pada masa yang sama juga, Jejaka berdiri di tepi Bunga.

JEJAKA: Awak nanti habis perhimpunan ni, tunggu kejap eh..saya ada benda nak cakap sikit boleh?
BUNGA: Jangan ganggu I boleh tak? tak payah cakap pun tak apa..sebab I meluat tengok muka U..
JEJAKA: Boleh la awak...boleh eh...?
BUNGA: Arghh.......ya lah...aiiih!


<< BERSAMBUNG>>






Saturday 7 January 2012

PENSEL & PEMADAM

        UPM-AHAD 8 JANUARI 2012, dua individu di dalam gambar di atas wanita Furaz Muhammad dan lelaki Asi Wahid adalah merupakan tonggak utama yang akan menerajui kepimpinan bagi warga PBMP 2010/2014 untuk semester depan (4). Kami semua yang berada dibawah kepimpinan kalian berdua mengucapkan tahniah dan selamat bertugas. hahahaha..tugas menjadi wakil ini tidak susah dan tidak senang, moga-moga kalian dapat menyuaikan diri secepat mungkin.
       Kepada warga PBMP 2010/2014 diharapkan dapat memberi kerjasama kepada wakil rakyat kita berdua ini. Kalau tiada diorang nanti susah kita nak daftar subjek untuk sem-5 ha ha ha..!

Memoir INFLAKASTA 2011


                                             PEMENTASAN TEATER "INFLAKASTA"


gambar ni masa sebelom pementasan..agak kelakar ada calar kat muke aku tuh, anwy thanks to Flo yang
                                   mekup kan muke yang xbrape nak hensom ni..ha ha ha!..




   
                              ni..permulaan babak pertama...yang pakai baju hitam DIBISI n yang macam 
                                                             Pakaian petani tu MARHEN..


      dialog diorang :

             DIBISI : kosong..kosong cantik  luar dalam nya kosong!!
             MARHEN : ak pon kosong jugak..
             DIBISI : ha ha ha...mari kita cantum kan...


*sampai ari ni kawan2 laen dok asik sebut je dialong diorang..








ni plak....himpunan hantu-hantu...tahniah untuk hantu2 ni dgn yang di tengah tu watak SITI..babak ni yang
                                                     paling banyak mendapat pujian..




      
                      ha ha ha....ni watak KASTABUNG,,,wilayah ini ak yang punyerr....ha ha ha
      ni saat yang sgt mendebarkan..sbb di amanahkan untuk mnjalankan tgjwb berat..mnjayakan watak ni.




                                              time untuk aku..memerintah..ha ha ha!...


yang ni plak...makhluk unik..yg membuatkan semua tetanye2..nama dia TALIBA aka DIVA artis..hahha
                            makhluk ni la yang langgar ak smpai jatuh...xpasal2 kene marah kat aku..


ni pula...babak sedih antara diorang anak branak...yang dua kat tepi SITi..pompuan INFLA dan laki KASTA
                                      kalau xsilap aku la...nama pon ak dah lupe...hihihihi


ha ha ha....ni mmg sesuai ngn dia..watak JAKIDAN pengawal aku...tahniah jakidan mndpat pujian dari tn.hj
                                            yang mgatakan penguasaan pentas kamu bagus..


                      sekian...selesai sudah pementasan...ni la barisan pelakon utama INFLAKASTA...




                      ***terima kasih juga kepada orang penting dalam menjayakan pementasan ini 
dari belah kiri : cikgu amin sebagai tenaga pengajar untuk subjek DRAMA, tn.hj shamsudin yang pegang
                       hadiah tuh sebgai pnsyrah subjek ni...




*******
******* terima kasih juga kepada semua crew yang telibat dalam menjayakan pementasan INFLAKASTA 
               pada tarikh 11.11.11


              TAHNIAH SEMUA>> : )