JEJAKA: Awak mari la sini kejap
BUNGA: Ape dia U ni..
JEJAKA: Kan saya dah bagitau tadi suruh awak tunggu kejap. Saya ada benda nak cakap ni
BUNGA: Aiihh macam-macam la U ni..hah apa, cepat la cakap, lewat dah ni nak masuk kelas.
JEJAKA: ok..ok..macam ni awak..sebenarnya saya...saya....mmm..macam mana eh nak cakap..
BUNGA: Cakap la cepat...ai budak ni!
JEJAKA: Esok awak free tak lepas habis kelas?
BUNGA: Em..tak tahu lagi..kenapa?
JEJAKA: Tak..macam ni, saya nak ajak awak keluar, saya nak belanja makan. Awak sudi ke?
BUNGA: Amboi...baru kenal tak sampai sedekad dah nak ajak keluar. Eh U ingat I ni macam perempuan
-perempuan lain ke? Sory la..I tak nak. I ada kerja.
JEJAKA: Bukan macam tu lah, saya tak maksudkan yang macam tuh. Awak ni belum apa-apa dah fikir
macam tu. Saya ni niat nak belanja awak makan je sambil tu nak kenal dengan lebih rapat lagi.
BUNGA: Eh..ingat U masih dalam tempoh percubaan lagi. Selagi U tak tak berhenti buat apa yang I minta
tempoh hari, selagi tu I tak nak. Okey!
Berlagak pulak minah ni bujet bagus la tu kata Jejaka dalam hati.
JEJAKA: Saya masih ingat la..dan saya dah berhenti merokok ha. Tak caya awak cium la bau saya tiap-tiap
pagi.
BUNGA: Hah!..U nak suruh I cium bau U pagi-pagi. Eh sory la tu bukan kerja I, apa U ingat mulut U tu bau
yang best-best ke? Mulut macam bangkai ada la.
JEJAKA: Dah tu..saya nak buktikan macam mane lagi supaya awak percaya. Cakap pun bukannya awak
nak percaya. Jadi tu lah caranya. Betol tak awak?
BUNGA: I tak kira, apa-apa cara sekalipun..tu U punya pasal. Okey!
JEJAKA: (Terdiam seketika)......
Dah naik meluat aku dengar minah ni cakap. Dah la pakai U I U I, kalau tuannya tu mat salleh tak apa lah, ni melayu macam aku jugak. Tapi tak apa aku akan teros bersabar kata Jejaka dalam hati.
JEJAKA: Tak apa lah awak..nanti saya fikirkan cara lain. Saya akan buktikan pada awak nanti.
BUNGA: Watevaaa la U..
<<BERSAMBUNG>>
Showing posts with label DUDE. Show all posts
Showing posts with label DUDE. Show all posts
Saturday, 21 January 2012
Friday, 20 January 2012
Tetap Pendirian
Salam...kenkawan semua.
Entry ari ni aku nak cakap pasal pendirian. Setiap orang masing-masing ada pendirian dan berbeza antara satu sama lain. Hidup kita perlu ada pendirian yang tetap kerana ia membantu kehidupan kita dan setiap benda yang kita buat kene berpaksikan pendirian kita. Aku ni di asuh sejak kecil lagi untuk hidup bersederhana. Itu lah pendirian yang aku bawa sampai ari ni. Tapi ada sesetengah orang tak suka dengan pendirian aku. Walau macam mana sekali pun aku tak kesah la apa orang nak fikir dan nak nilai pasal aku yang penting aku tetap dengan pendirian aku dan...aku rasa besederhana adalah terbaik untuk aku. Okey "gostraighttothepoint"..dalam memilih pasangan hidup dalam islam pon ada ajar agar memilih pasangan hidup yang bahagia kan. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing nak usahakan macam mane nak dapat pasangan yang macam tu. Kalau macam aku, aku tak pandang pada harta kekayaan aku hanya pandang pada budinya sahaja. Rupa tak penting tapi hati baik. Agama mesti lah islam. Perangai pasangan yang menjengkelkan aku paling tak suka. Contoh perangai yang suka mengada-ngada sangat aku tak suka. Aku di ajar di didik agar hidup ni jangan menyusahkan orang lain, semua benda aku kene buat sendiri dulu dan kalau dah terdesak sangat baru minta pertolongan dari sesapa. Pendirian aku juga kalau dah tak suka kat sesuatu cukup untuk sekali tu saje dah tak der kompromi lagi. Pengalaman aku nak kata banyak takder la banyak sangat dalam hal ni, tapi dah penah kena..senang je orang NAK dan senang juga orang BUANG aku macam tu je. Tapi takper benda tu semua membuatkan aku lebih berpegang pada pendirian aku.
semua tu sekadar perkongsian bersama.

Thursday, 19 January 2012
Mek Meriah
Salam kenkawan semua..entry kali ni satu lagi pasal kawan aku. Hari ni aku nak citer pasal sorang ni plak. Nama dia ni JUE. Nama dah chantekkk...tuannyer apetah lagi mesti lah chantek jugak kan haha. Asalnye kat jerantut dan dia ni sering kene perli kat pensyarah kitaorang Pak Oma. Tiap kali kelas dengan Pak Oma, bila JUE ni bersuara mesti kene perli kat Pak Oma hahahaha! Ayat yang selalu kene perli " MU apo, mu jerantut mulut mu srupo burung murai " hihihi.. Aku kenal dia kira-kira stahun lebih la. Dari mula aku kenal dia perghhh mulut meriah la...kalo kat dalam kelas dia la yang paling kuat cakap. Agaknyer JUE ni jenis suka cakap kot, takpun masa kecik-kecik dulu dia memang dilatih untuk cakap banyak hahaha. Tapi bagi aku takper, aku lebih lebih senang dengan orang yang macam ni senang nak bawa berborak. JUE ni jenis rajin orangnyer. Aku penah bekerja dengan dia sangat memberi kerjasama la. Orang kata kala buat kerja dengan orang macam ni, kerja yang susah pon jadi senangkan...hahaha. Kalo melibatkan masa, ha..dia ni memang sharp gilerrr. Janji jam brape pon, mesti dia ada kat situ lebih awal lagi. Bila dah lama kenal dengan JUE ni, baru aku tahu dia ni suka bergaya. Fesyen dia perghhh macam mak-mak datin hahhaa! MAK DATIN TUUUU..baju chantek, selipar chantekk, kalo dah semua chantekkk mesti dia pakai yang branded je kan. Ha..satu lagi yang aku tahu pasal dia, dia ni suka sangat la ber"make-up"..siap buat entry lagi dalam blog dia pasal dia kene mekup kat kawan dia yang nama FLOoww haha. Yang mekup mekup ni xheran la sebab dah memang sifat orang pompuan suka benda-benda hias diri neh. Kalo tak mekup orang lama-lama kata tak sah kan. Dia ni aktif berbloger jugak orangnyer. Aku suke baca blog dia, pandai dia menulis, menarik dan tak memboringkan kalo ada entry yang panjang-panjang pon, ade je gimik yang dia buat sangat-sangat awesome!!..rasanyer takat tu jelah nk citer pasal dia. Nanti lebih-lebih lain plak jadinyer. AKU SENANG KAWAN dengan MEK MERIAH NEH!!! hahahahaha...
**kalo tuannyer terbaca jangan marah..hoho.
**kalo tuannyer terbaca jangan marah..hoho.
Wednesday, 18 January 2012
Dia Sahabat
Teringat kenangan lalu masa mula-mula menjejakan kaki ke IPTA. Hari pertama, bermula lah aku berdikari sendiri di situ. Semua benda aku terpaksa explore sendiri. Orang kata kat U ni semua kene buat sendiri. Jadi awal-awal aku dah siapkan mental untuk hadapinya. Sem 1, aku bertemu dengan semua budak-budak kos aku seramai 50 orang. Masa tu aku hanya tengok je Dia dan masa tu jugak berlaku sesi kenal-kenal la dan masa tu jugak aku tahu nama Dia. Bermula lah rutin harian ke kelas. Bila jumpa kat kelas Dia senyum. Masa tengah jalan-jalan terserempak pulak dengan Dia senyum lagi Dia. Masa tu tak kenal lagi dengan Dia, cuma tahu nama Dia je. Susah betul nak memulakan satu hubungan persahabatan ni dengan Dia. Di akhir sem 1, baru la aku ni mula beborak dengan Dia. Borak tu takder panjang-panjang cuma cakap gitu je. Masa tu aku ni jenis malu-malu lagi sebab tak yakin dengan diri sendiri. Aku dari kecik sampai umo 20 makan budu. Cakap pon bau budu, cuba cakap KL pon bau budu jugak. Asik-asik kene gelak kat orang je. Tapi takpe slow-slow ak belajar cakap KL haha.
Masuk sem 2 pulak.. hari petama kuliah bertemu dengan Dia. Aku pon senyum la kat Dia. Masa tuh dah mula borak-borak panjang seket sebab dah kenal satu sem lepas jadi macam biasa la dah takder segan-segan lagik. Makin hari makin kenal aku dengan Dia sebab selalu berjumpa masa buat latihan tugasan puisi. Hari-hari duk train Dia untuk berlakon hahaha macam pengarah tersoho pulak aku ni. Orang kata makin hari makin mesra hahahaha! Alhamdulillah sampai akhir sem aku dengan Dia dah macam jadi kawan dan boleh borak-borak dengan sporting nyer.
Masuk sem 3 pulak. Aku makin kenal dengan Dia. Kadang-kadang aku minta tolong dengan Dia, tolong bawa kan aku krepek pisang hahaha. Kerana krepek tu, ak minta tolong bawakan untuk aku satu lagi, tapi kesian jugak kat Dia aku asik minta tolong je. Apa yang penting aku rasa bertuah dapat kenal Dia. Masa aku terdesak ada je Dia datang menghulurkan bantuan kat aku. TERHARU. PERTOLONGAN DIA, BUDINYA AKAN AKU BALAS BALIK...TERIMA KASIH SAHABAT!..semoga berjumpa lagi hari hadapan.
**atas permintaan seorang sahabat aku coretkan di atas. Untuk orang minta ni nantikan entry terbaru plak ea. Aku tulis tentang mu plak.
Monday, 9 January 2012
Perlu Ke?
Perbualan dua sahabat..
SIMAH: Alahaiiii...kawen kawen kawen!
AIDA: Kenapa Mah dengan kawen tu?
SIMAH: Kawen impian aku. Ko xnak kawen ke?
AIDA: Tak terdetik lagi dalam hati ni..
SIMAH: Kesian-kesian...kat ko Da
AIDA: Kenapa ko nak kawen Mah?
SIMAH: Aida.....boleh plak ko tnya ak macam tu..ko ni xnak ke hidup berlaki?
AIDA: Emmmm..xtahu nak jawab.
SIMAH: Kalau kawen...nati ko ada suami, akan ada anak nanti..suami ko bleh jaga ko..barulah gembira
hidup.
AIDA: Betul ke ape yang ko rasa tu?
SIMAH: Aida...kawen tu lumrah kehidupan kita. Aku tengok orang lain kawen nampak bahagia je. Teringin
aku tau..
AIDA: buat masa ni...tumpang bahagia orang je la dulu..
SIMAH: Habis tu..sampai bila Aida?
AIDA: Sampai seru la..
SIMAH: Kalau ko nak tunggu tu sampai bila la..entah-entah jadi anak dara T**..hihihi
AIDA: Aku berserah kepada yang Maha Esa..
SIMAH: Kalau berserah xboleh Da, kita kene usaha merancangnye..aku xnafikan Allah yang menentukan.
AIDA: Ya...itu aku tahu..tapi buat masa ni..pada pandangan ko perlu ke aku?
** Merungkai persoalan tapi gembira melihat orang lain kawen**

Subscribe to:
Posts (Atom)