Friday, 20 January 2012

Tetap Pendirian

Salam...kenkawan semua.

Entry ari ni aku nak cakap pasal pendirian. Setiap orang masing-masing ada pendirian dan berbeza antara satu sama lain. Hidup kita perlu ada pendirian yang tetap kerana ia membantu kehidupan kita dan setiap benda yang kita buat kene berpaksikan pendirian kita. Aku ni di asuh sejak kecil lagi untuk hidup bersederhana. Itu lah pendirian yang aku bawa sampai ari  ni. Tapi ada sesetengah orang tak suka dengan pendirian aku. Walau macam mana sekali pun aku tak kesah la apa orang nak fikir dan nak nilai pasal aku yang penting aku tetap dengan pendirian aku dan...aku rasa besederhana adalah terbaik untuk aku. Okey "gostraighttothepoint"..dalam memilih pasangan hidup dalam islam pon ada ajar agar memilih pasangan hidup yang bahagia kan. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing nak usahakan macam mane nak dapat pasangan yang macam tu. Kalau macam aku, aku tak pandang pada harta kekayaan aku hanya pandang pada budinya sahaja. Rupa tak penting tapi hati baik. Agama mesti lah islam. Perangai pasangan yang menjengkelkan aku paling tak suka. Contoh perangai yang suka mengada-ngada sangat aku tak suka. Aku di ajar di didik agar hidup ni jangan menyusahkan orang lain, semua benda aku kene buat sendiri dulu dan kalau dah terdesak sangat baru minta pertolongan dari sesapa. Pendirian aku juga kalau dah tak suka kat sesuatu cukup untuk sekali tu saje dah tak der kompromi lagi. Pengalaman aku nak kata banyak takder la banyak sangat dalam hal ni, tapi dah penah kena..senang je orang NAK dan senang juga orang BUANG aku macam tu je. Tapi takper benda tu semua membuatkan aku lebih berpegang pada pendirian aku.

semua tu sekadar perkongsian bersama.

No comments:

Post a Comment