Friday 17 February 2012

Kisah Stileto Bahagian 6

Mengingatkan kembali kisah pada penghujung tahun 2008. Si Jejaka ini adalah seorang yang malas belajar. Hari demi hari kedudukan si Jejaka ini sama sahaja, pergi ke sekolah hanya untuk melepak dan berbual kosong dengan kawan sekelas. Tidak lama kemudian tiba hari peperiksaan akhir tahun. Bila tiba hari peperiksaan si Jejaka ini hanya menjawab apa saja soalan yang diberi kecuali subjek Bahasa Melayu. Si Jejaka cuba menjawab soalan karangan sebaik mungkin dan dia merasakan apa yang ditulis itu dapat membuahkan hasil bila tiba hari pengumuman markah oleh cikgunya.

Awal tahun 2009 hari pengumuman markah tiba.

Cikgu : Assalamualaikum semua...
Pelajar: Waalaikumussalam cikgu.
Cikgu : Baiklah hari ini cikgu nak umumkan markah peperiksaan akhir tahun lepas dan cikgu akan
             bagi ulasan terhadap setiap skrip jawapan yang telah kamu hasilkan.
Pelajar: Baik cikgu.
Cikgu : Baik, cikgu akan mulakan daripada skrip yang paling tinggi dulu ia. Pertama ***** *******
             a.k.a  Bunga. Tahniah markah awak yang paling tinggi dalam kelas ini. Skrip jawapan awak
             pun bagus dan menepati kehendak soalan. Pendahuluan, isi dan kesimpulan semuanya bagus.
             Cikgu harap awak dapat kekalkan momentum di masa hadapan.

Seterusnya cikgu telah membaca setiap skrip mengikut tahap markah yang makin menurun sehingga tiba giliran si Jejaka.

Cikgu : Ha...skrip yang ini lain macam sikit. Dimana tuannya ini.
Seman: Skrip siapa itu cikgu?
CIkgu : Baik, ***** ***** a.k.a Jejaka . Ai...Cikgu hairan dengan awak ini. Macam mana boleh
             terjadi begini, hairan betul cikgu.
Jejaka: Kenapa cikgu?
Cikgu: Jejaka skrip awak ini sudah bagus, tapi cikgu hairan kenapa awak menjawab lari daripada
            tajuk awak terpesong lah. Soalan tanya pasal langkah mencegah gelaja mat rempit, awak pula
            jawab tentang gejala mat rempit. Soalan tanya lain awak jawab lain.
Pelajar: (Tergelak-gelak) Ha ha ha.......

Pada masa itu juga Bunga memandang si Jejaka, lalu dia diketawakan dan telah diejek bersama kawan-kawan yang lain. Selang beberapa hari, si Jejaka terima panggilan dari kawan Bunga dan telah bertanya kepada Jejaka " Aku dengar kau salah jawab soalan karangan ha ha ha...Kelakar lah kau ini. Macam mana lah kau boleh terpesong soalan. Aku ada dengar juga kau di tertawakan dalam kelas oleh kawan-kawan". Sejak peristiwa itu berlaku dan telah memalukan si Jejaka, terdetik dalam hatinya dan dia berkata " Sanggup kau Bunga telah melakukan sebegini rupa kepada aku dan sanggup kau Bunga ceritakan hal ini kepada kawan kau yang tidak ada kena mengena dalam kelas ini. Baik, tidak apa lah akan aku buktikan pada kau nanti Bunga yang aku bukan lagi bahan untuk ditertawakan. Itu sumpah aku Bunga, kau lihat lah nanti".

<<BERSAMBUNG>>

Monday 6 February 2012

Aku sebuah Tudung Saji

  Asal aku daripada mengkuang. Aku dibuat oleh seorang wanita di sebuah kampung. Aku diwarnai putih dan merah. Setelah siap, aku dibeli oleh seorang peniaga. Aku di bawa ke merata-rata tempat oleh peniaga itu untuk dijual. Pada masa yang sama aku menemui ramai kawan yang lain. Mereka kelihatan kemas dan cantik. Beberapa hari kemudian, aku dibeli oleh seorang wanita. Semasa di rumah itu, aku menjalankan tugas dengan baik. Tugas aku ialah melindungi makanan supaya tidak dihinggapi oleh lalat dan serangga lain. Setelah selesai menjalankan tugas, aku disangkutkan di dinding dapur rumah tuan aku. Demikianlah kehidupan aku setiap hari. Lama-kelamaan aku uzur. Badan aku berlubang di sana-sini. Lalat dengan mudah menembusi badan aku dan hinggap pada makanan. keadaan itu membosankan tuan aku lalu dia membeli tudung saji baru. Apabila " MENDAPAT ROTAN, AKAR TIDAK BERGUNA LAGI". Begitu juga dengan aku. Akhirnya aku dibuang ke dalam tong sampah. SEDIH!!