Monday, 6 February 2012
Aku sebuah Tudung Saji
Asal aku daripada mengkuang. Aku dibuat oleh seorang wanita di sebuah kampung. Aku diwarnai putih dan merah. Setelah siap, aku dibeli oleh seorang peniaga. Aku di bawa ke merata-rata tempat oleh peniaga itu untuk dijual. Pada masa yang sama aku menemui ramai kawan yang lain. Mereka kelihatan kemas dan cantik. Beberapa hari kemudian, aku dibeli oleh seorang wanita. Semasa di rumah itu, aku menjalankan tugas dengan baik. Tugas aku ialah melindungi makanan supaya tidak dihinggapi oleh lalat dan serangga lain. Setelah selesai menjalankan tugas, aku disangkutkan di dinding dapur rumah tuan aku. Demikianlah kehidupan aku setiap hari. Lama-kelamaan aku uzur. Badan aku berlubang di sana-sini. Lalat dengan mudah menembusi badan aku dan hinggap pada makanan. keadaan itu membosankan tuan aku lalu dia membeli tudung saji baru. Apabila " MENDAPAT ROTAN, AKAR TIDAK BERGUNA LAGI". Begitu juga dengan aku. Akhirnya aku dibuang ke dalam tong sampah. SEDIH!!
Labels:
Mat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment