Masuk sem 2 pulak.. hari petama kuliah bertemu dengan Dia. Aku pon senyum la kat Dia. Masa tuh dah mula borak-borak panjang seket sebab dah kenal satu sem lepas jadi macam biasa la dah takder segan-segan lagik. Makin hari makin kenal aku dengan Dia sebab selalu berjumpa masa buat latihan tugasan puisi. Hari-hari duk train Dia untuk berlakon hahaha macam pengarah tersoho pulak aku ni. Orang kata makin hari makin mesra hahahaha! Alhamdulillah sampai akhir sem aku dengan Dia dah macam jadi kawan dan boleh borak-borak dengan sporting nyer.
Masuk sem 3 pulak. Aku makin kenal dengan Dia. Kadang-kadang aku minta tolong dengan Dia, tolong bawa kan aku krepek pisang hahaha. Kerana krepek tu, ak minta tolong bawakan untuk aku satu lagi, tapi kesian jugak kat Dia aku asik minta tolong je. Apa yang penting aku rasa bertuah dapat kenal Dia. Masa aku terdesak ada je Dia datang menghulurkan bantuan kat aku. TERHARU. PERTOLONGAN DIA, BUDINYA AKAN AKU BALAS BALIK...TERIMA KASIH SAHABAT!..semoga berjumpa lagi hari hadapan.
**atas permintaan seorang sahabat aku coretkan di atas. Untuk orang minta ni nantikan entry terbaru plak ea. Aku tulis tentang mu plak.
No comments:
Post a Comment