Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai gen-y ini memang sangat mencabar bagi guru-guru untuk mengawal keadaan mereka di dalam kelas. Jadi di sini saya kongsikan sedikit hasil dari kajian dan penglaman saya dalam mengawal keadaan kelas ketika waktu PdP berlagsung.
Tips:
- wujudkan suatu keadaan yang selesa antara guru dengan pelajar iaitu berborak kosong dengan mereka tetapi perlu ada batas ketika berbual.
- Jadikan diri kita ini setaraf dengan mereka.
- Cuba masuk ke dalam dunia mereka dan belajar cara atau gaya gen-y bercakap.
- Nasihat pada mereka supaya tidak perlu jadi hipokrit ketika dalam kelas, sebaliknya jadilah diri sendiri.
- Beritahu kepada pelajar 'saya tidak kisah kalau kamu mahu biadap sama saya, tetapi satu yang saya minta iaitu niat yang ikhlas untuk belajar denga saya'. Mudah-mudahan dengan sendirinya pelajar itu akan berasa malu dan menunjukkan rasa hormat mereka pada kita sebagai guru mereka.
- Cara pengajaran pula saya tidak mementingkan kuantiti sebaliknya kualiti yang menjadi keutamaan saya. Walaupun sedikit yang mereka belajar dalam satu-satu masa akan tetapi mereka lebih memahami apa yang diajarkan malah mereka mudah mengingati apa yang dipelajari.
No comments:
Post a Comment