Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Amran dan seorang wanita
iaitu Maila. Amran datangnya dari sebuah keluarga yang serba dalam
kekurangan. Dia yang pada awal tidak mempunyai hala tuju dalam hidupnya.
Dia suka bersosial, berkelakuan buruk mengusik wanita, mencuri dan
berkawan dengan budak-budak jahat sehingga pada suatu hari dia bertemu
dan mengenali Maila. Amran menjadikan titik perkenalan antara mereka
berdua sebagai pendorong dalam hidupnya untuk menjadi seorang manusia
yang berguna. Maila ini sikapnya pula suka bersederhana walaupun
keluarganya berduit berharta dan salah satu keluarga ternama. Perkenalan
antara mereka telah banyak membantu Amran sehingga menjadi seorang yang
berjaya dan mereka berdua merancang untuk mendirikan mahligai hidup
bersama. Akan tetapi sepanjang perkenalan mereka timbul beberapa konflik
yang antara kedua-dua belah pihak keluarga malah mereka berdua juga.
Maila telah diasingkan oleh keluarga mereka sehingga di larang untuk
bertemu dengan Amran. Maila diperlakukan seperti binatang oleh
keluarganya sendiri. Maila dikurung dan diseksa oleh kedua ibu bapa yang
tidak bertanggungjawab itu. Perkara ini diketahui Amran. Hampir setiap
hari Amran ke rumah Maila dan merayu kepada kedua ibu bapa Maila supaya
jangan terus menyeksa Maila lagi. Amran dihina cukup-cukup oleh ibu bapa
Maila. Tetapi itu tidak menggugat semangat Amran untuk berputus asa
malah membuatkan Amran lagi bersemangat untuk menyelamatkan Maila.
Manakala ibu bapa Amran pula tidak menyukai Maila kerana mereka
merasakan terlalu jauh untuk Amran mengejar Maila yang lebih tinggi
taraf hidupnya. Ibu bapa Amran juga melarang Amran daripada berjumpa
dengan Maila. Malah Amran telah dihalau dari rumahnya kerana dia tidak
lagi mahu mendengar nasihat ibu bapanya. Dalam keadaan yang telah
berlaku itu telah mendesak Amran untuk melakukan sesuatu di luar jangka.
Pada suatu hari Amran telah menyelinap masuk ke rumah Maila sewaktu ibu
bapa Maila tiada dirumah. Amran telah membawa lari Maila pergi dari
rumah itu. Mereka berdua melarikan diri dan merantau meninggalkan
tempatnya. Kehidupan mereka berdua dibantu oleh kawan baik Maila. Kawan
Maila telah menumpangkan Maila duduk bersama-sama dengannya manakala
Amran menyewa sebuah bilik. Amran berusaha mendapatkan kerja untuk
menyara Maila. Akhirnya Amran berjaya mendapatkan kerja sebagai promoter
di sebuah kedai elektronik. Dua tahun kemudian Amran membuat keputusan
untuk menikahi Maila. Pada suatu petang Amran mengajak Maila keluar
berjalan-jalan dan berjumpa di tempat biasa mereka selalu berjumpa.
Sepetang Amran menunggu Maila tetapi Maila tidak Muncul. Amran cuba
menghubungi Maila, tetapi tidak dijawab oleh Maila. Keadaan ini
berlarutan selama seminggu dan menimbulkan kemusykilan Amran terhadap
Maila. Amran merasakan Maila seakan-akan mengelakkan diri darinya. Lalu
Amran menghubungi kawan Maila tersebut untuk bertanyakan tentang Maila.
Akan tetapi kawan Maila itu tidak memberitahu apa yang telah berlaku
terhadap Maila. Selang dua hari kemudian Amran cuba merayu dengan kawan
Maila supaya menberitahu kepada Maila supaya datang berjumpa dengannya.
Akhirnya permintaan Amran itu diterima Maila dan Maila pergi berjumpa
dengannya. Setibanya Maila di situ lalu Maila berkata " saya mahu awak
lepaskan saya dan saya tidak tidak sanggup lagi untuk hidup bersama
awak" lalu Maila pergi meninggalkan Amran dari tempat itu. Keadaan ini
menyebabkan Amran merasakan Maila menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Amran cuba menyiasat perkara yang telah berlaku dan akhirnya Amran
terkejut kerana baru mengetahui Maila menghidap kanser dan hanya
menunggu masa untuk meninggalkan dunia ini. Amran begitu sedih kerana
Maila menyembunyikan perkara ini daripadanya. Selama tempoh masa yang
masih ada itu, Amran cuba membahagiakan Maila. Amran tidak putus asa
menjaga Maila dan menyayangi Maila. Amran telah membuat keputusan untuk
menikahi Maila dalam masa yang terdekat. Amran telah pulang ke kampung
untuk mendapatkan restu daripada kedua ibu bapanya dan Maila untuk
berkahwin. Akan tetapi kedua-dua ibu bapa mereka menolak. Maka Amran
telah nekad lalu membuat keputusan terakhir untuk menikahi juga Maila
walaupun tanpa restu kedua-dua ibu bapa mereka. Pada hari pernikah
mereka berdua.. Maila telah pergi meninggalkan Amran selepas sahaja
lafaz akad nikah berakhir. Amran begitu sedih dengan pemergian isterinya
dan Amran redha dengan pemergiannya.
Di pusara ini,
Ku sedia berdiri,
bersama doa-doa,
Tak putus ku hulurkan,
Ini tanda kasih,
Kasih yang sebenar.
.......... SEKIAN....