Saturday, 12 January 2013

Maila Milik Nya

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Amran dan seorang wanita iaitu Maila. Amran datangnya dari sebuah keluarga yang serba dalam kekurangan. Dia yang pada awal tidak mempunyai hala tuju dalam hidupnya. Dia suka bersosial, berkelakuan buruk mengusik wanita, mencuri dan berkawan dengan budak-budak jahat sehingga pada suatu hari dia bertemu dan mengenali Maila. Amran menjadikan titik perkenalan antara mereka berdua sebagai pendorong dalam hidupnya untuk menjadi seorang manusia yang berguna. Maila ini sikapnya pula suka bersederhana walaupun keluarganya berduit berharta dan salah satu keluarga ternama. Perkenalan antara mereka telah banyak membantu Amran sehingga menjadi seorang yang berjaya dan mereka berdua merancang untuk mendirikan mahligai hidup bersama. Akan tetapi sepanjang perkenalan mereka timbul beberapa konflik yang antara kedua-dua belah pihak keluarga malah mereka berdua juga. Maila telah diasingkan oleh keluarga mereka sehingga di larang untuk bertemu dengan Amran. Maila diperlakukan seperti binatang oleh keluarganya sendiri. Maila dikurung dan diseksa oleh kedua ibu bapa yang tidak bertanggungjawab itu. Perkara ini diketahui Amran. Hampir setiap hari Amran ke rumah Maila dan merayu kepada kedua ibu bapa Maila supaya jangan terus menyeksa Maila lagi. Amran dihina cukup-cukup oleh ibu bapa Maila. Tetapi itu tidak menggugat semangat Amran untuk berputus asa malah membuatkan Amran lagi bersemangat untuk menyelamatkan Maila. Manakala ibu bapa Amran pula tidak menyukai Maila kerana mereka merasakan terlalu jauh untuk Amran mengejar Maila yang lebih tinggi taraf hidupnya. Ibu bapa Amran juga melarang Amran daripada berjumpa dengan Maila. Malah Amran telah dihalau dari rumahnya kerana dia tidak lagi mahu mendengar nasihat ibu bapanya. Dalam keadaan yang telah berlaku itu telah mendesak Amran untuk melakukan sesuatu di luar jangka. Pada suatu hari Amran telah menyelinap masuk ke rumah Maila sewaktu ibu bapa Maila tiada dirumah. Amran telah membawa lari Maila pergi dari rumah itu. Mereka berdua melarikan diri dan merantau meninggalkan tempatnya. Kehidupan mereka berdua dibantu oleh kawan baik Maila. Kawan Maila telah menumpangkan Maila duduk bersama-sama dengannya manakala Amran menyewa sebuah bilik. Amran berusaha mendapatkan kerja untuk menyara Maila. Akhirnya Amran berjaya mendapatkan kerja sebagai promoter di sebuah kedai elektronik. Dua tahun kemudian Amran membuat keputusan untuk menikahi Maila. Pada suatu petang Amran mengajak Maila keluar berjalan-jalan dan berjumpa di tempat biasa mereka selalu berjumpa. Sepetang Amran menunggu Maila tetapi Maila tidak Muncul. Amran cuba menghubungi Maila, tetapi tidak dijawab oleh Maila. Keadaan ini berlarutan selama seminggu dan menimbulkan kemusykilan Amran terhadap Maila. Amran merasakan Maila seakan-akan mengelakkan diri darinya. Lalu Amran menghubungi kawan Maila tersebut untuk bertanyakan tentang Maila. Akan tetapi kawan Maila itu tidak memberitahu apa yang telah berlaku terhadap Maila. Selang dua hari kemudian Amran cuba merayu dengan kawan Maila supaya menberitahu kepada Maila supaya datang berjumpa dengannya. Akhirnya permintaan Amran itu diterima Maila dan Maila pergi berjumpa dengannya. Setibanya Maila di situ lalu Maila berkata " saya mahu awak lepaskan saya dan saya tidak tidak sanggup lagi untuk hidup bersama awak" lalu Maila pergi meninggalkan Amran dari tempat itu. Keadaan ini menyebabkan Amran merasakan Maila menyembunyikan sesuatu daripadanya. Amran cuba menyiasat perkara yang telah berlaku dan akhirnya Amran terkejut kerana baru mengetahui Maila menghidap kanser dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan dunia ini. Amran begitu sedih kerana Maila menyembunyikan perkara ini daripadanya. Selama tempoh masa yang masih ada itu, Amran cuba membahagiakan Maila. Amran tidak putus asa menjaga Maila dan menyayangi Maila. Amran telah membuat keputusan untuk menikahi Maila dalam masa yang terdekat. Amran telah pulang ke kampung untuk mendapatkan restu daripada kedua ibu bapanya dan Maila untuk berkahwin. Akan tetapi kedua-dua ibu bapa mereka menolak. Maka Amran telah nekad lalu membuat keputusan terakhir untuk menikahi juga Maila walaupun tanpa restu kedua-dua ibu bapa mereka. Pada hari pernikah mereka berdua.. Maila telah pergi meninggalkan Amran selepas sahaja lafaz akad nikah berakhir. Amran begitu sedih dengan pemergian isterinya dan Amran redha dengan pemergiannya.

Di pusara ini,
Ku sedia berdiri,
bersama doa-doa,
Tak putus ku hulurkan,
Ini tanda kasih,
Kasih yang sebenar.


.......... SEKIAN....

No comments:

Post a Comment