Saturday, 16 February 2013
Seorang Insan
Dia yang hidung separuh mancung
Dia yang bermata seakan hitam keperangan, bertanda hitam kecil di pipi kiri, fizikalnya kurus dan sederhana tinggi.
Dia jenis yang tegas apabila dalam menjalankan kerja dan dia jenis yang “sempoi” tidak suka berhias dan hanya suka berpakaian biasa “slumber” .
Dia yang pernah ku kenali pada awalnya memang seorang yang lantang bersuara bila ingin bertanya. Aku sangkakan dia ini seorang yang jenis pemalu. Kali pertama ku melihat dia dengan tanpa segan silu mengangkat tangan dan bertanya. Anggapan ku ketika itu, dia ini seorang yang berpengalaman. Setiap tutur dan patah perkataan yang keluar dari bibirnya begitu bersistematik dan tersusun serta begitu jelas. Tergaman ku melihatnya pada ketika itu.
Ku merasakan diri ini begitu rendah dan berada di bawah berbanding dengan dia. Akan tetapi tidak apalah itu namanya insan yang dicipta berbeza-beza di muka bumi ini.
Tiga bulan berlalu dan ku hanya mampu memerhati dia sahaja. Ku merasakan diri ini tidak boleh lagi dan belum bersedia untuk berkenalan dengan dia mahupun bersua muka dengan dia. Terasa diri ini begitu kerdil bila berhadapan dengan dia. Ku hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh dia. Setiap apa yang dilakukan, ku terpaku melihatnya. Ku ingin menjadikannya contoh untuk diikuti. Sepanjang tiga bulan yang berlalu, ku hanya mampu melihatnya dari jauh. Hati ini seakan bersuara dan mengajak ku untuk menghampirinya tetapi ku tidak terdaya.
Dia hanya insan biasa sama seperti ku. Dia jenis yang ceria. Dia selalu senyum bila berhadapan dengan seseorang. Jarang sekali ku melihatnya bermasam muka. Ditakdirkan ku dan dia digandingkan bersama untuk menjalankan tugas yang sama. Di situ bermulanya titik permulaan ku mengenalinya.
Setelah ku meluangkan masa bersamanya sepanjang menjalankan tugas, hati ku mengatakan dia seorang insan baik hati. Kadang-kala sikap dia agak kasar. Di dalam kekasarannya ada terselit kelembutan seorang insan berhati mulia. Sikapnya membuatkan ku selesa bersama dengannya. Sikapnya juga bertanggungjawab dan tidak pernah mementingkan diri sendiri. Ku kagumi dia yang tidak pernah sedetik pun terlupa akan sahabat temannya. Sebaliknya setiap detik dia memikirkan hal-hal sahabat temannya. Dia tidak putus berusaha mencuba untuk memuaskan hati sahabat teman walaupun di sebaliknya diri terseksa. Apabila ku dalam keresahan muncul dia datang memberikan pertolongan dan mungkin itu satu kebetulan seakan dia mendengar bisikan hati ku ini. Dia tidak suka menceritakan masalahnya kepada sahabat teman. Ku tahu dia sukar untuk meluahkannya. Ku juga tahu dia tidak ingin menyusahkan dan melibatkan sahabat teman dalam masalahnya. Ku pernah bertanyakan masalahnya akan tetapi apa yang keluar dari mulutnya “nanti saya cerita ya”. Setiap kali ku bertanyakan masalah itulah yang selalu ku dapat. Dia memaksa diri ku bersabar untuk mendengarnya menceritakan sehingga dia menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku itu terlebih dahulu. Dia telah mengajar ku erti bersabar. Insan seperti dia sangat bermakna bagi ku. Insan seperti ini telah ku pahatkan dalam ingatan selamanya. Semoga ukwah diri ku dan dia terus berpanjang.
Sunday, 3 February 2013
Kisah Stileto Bahagian 8
Situasi : Kantin sekolah
Waktu rehat semua pelajar sekolah ke kantin untuk makan.
Pada masa yang sama muncul seorang perempuan (‘Ema’ bukan nama sebenar) yang fizikalnya sederhana
rendah, bermata bulat dan kehitaman, bibir nipis kemerahan serta kulitnya putih
lembut dan seorang yang pemalu.
Jejaka : Hai lama tak nampak awak.
Ema : (senyum)
Awak ke saya yang lama tak nampak?
Jejaka : Awak lah. Saya selalu je lalu depan kelas awk tapi
awak buat tak tahu je.
Ema : Maklumlah awak dah ada orang sayang, saya dah tak
boleh nak buat macam dulu lagi.
Jejaka : Itu bukan alasannya. Saya tetap kawan awak yang
pernah awak kenal sebelum ini.
Ema : Saya kira beranggapan awak dah tak macam dulu lagi la.
Maaflah awak awak bukan orang
yang saya
pernah kenal dulu. Awak sudah banyak berubah sekarang.
Jejaka : Tak kira lah macam mana pun, saya tetap anggap awak
sebagai kawan baik saya.
Ema : Baiklah awak, saya minta diri dulu dan selamat
berbahagia.
Tiba-tiba Bunga muncul dari belakang Jejaka.
Jejaka : Eh Bunga... (terkejut)
Bunga : Siapa Ema pada awak?
Jejaka : Tak ada siapa-siapa.
Bunga : Setahu saya Ema itulah yang suka kat awak dulu kan?
Jejaka : Eh mana ada macam itu, dia hanya kawan baik saya
masa form5 dulu lah.
Bunga : Saya dapat tahu cerita yang awak pernah nak ‘tackle’
dia dulu kan. Takkan tak ada apa-apa
antara
awak dengan Ema?
Jejaka : Saya dengan Ema tak ada apa-apa lah awak, ini mesti
awak cemburu kan?
Bunga : Saya nak tanya, sebelum awak suka kat saya dulu,
adakah awak pernah menaruh apa-apa
Perasaan
pada dia?
Jejaka : Tak pernah lebih dari seorang kawan awak.
Bunga : Ada orang bagitahu saya yang Ema itu suka sangat kat
awak. Kenapa awak tidak layan dia?
Jejaka : Dah namanya kawan takkan la saya nak buat
lebih-lebih pula.
Bunga : Kalau suka cakap la suka senang.... (mimik muka masam) tak payahlah nak ‘couple’
dengan
Saya
kalau dah ada orang suka.
Bunga berlalu pergi dengan perasaan cemburu dan marah. Jejaka tidak menghiraukannya.
<<Bersambung>>
<<Bersambung>>
Subscribe to:
Posts (Atom)