Wednesday, 18 January 2012

Dia Sahabat

Teringat kenangan lalu masa mula-mula menjejakan kaki ke IPTA. Hari pertama, bermula lah aku berdikari sendiri di situ. Semua benda aku terpaksa explore sendiri. Orang kata kat U ni semua kene buat sendiri. Jadi awal-awal aku dah siapkan mental untuk hadapinya. Sem 1, aku bertemu dengan semua budak-budak kos aku seramai 50 orang. Masa tu aku hanya tengok je Dia dan masa tu jugak berlaku sesi kenal-kenal la dan masa tu jugak aku tahu nama Dia. Bermula lah rutin harian ke  kelas. Bila jumpa kat kelas Dia senyum. Masa tengah jalan-jalan terserempak pulak dengan Dia senyum lagi Dia. Masa tu tak kenal lagi dengan Dia, cuma tahu nama Dia je. Susah betul nak memulakan satu hubungan persahabatan ni dengan Dia. Di akhir sem 1, baru la aku ni mula beborak dengan Dia. Borak tu takder panjang-panjang cuma cakap gitu je. Masa tu aku ni jenis malu-malu lagi sebab tak yakin dengan diri sendiri. Aku dari kecik sampai umo 20 makan budu. Cakap pon bau budu, cuba cakap KL pon bau budu jugak. Asik-asik kene gelak kat orang je. Tapi takpe slow-slow ak belajar cakap KL haha. 
Masuk sem 2 pulak.. hari petama kuliah bertemu dengan Dia. Aku pon senyum la kat Dia. Masa tuh dah mula borak-borak panjang seket sebab dah kenal satu sem lepas jadi macam biasa la dah takder segan-segan lagik. Makin hari makin kenal aku dengan Dia sebab selalu berjumpa masa buat latihan tugasan puisi. Hari-hari duk train Dia untuk berlakon hahaha macam pengarah tersoho pulak aku ni. Orang kata makin hari makin mesra hahahaha! Alhamdulillah sampai akhir sem aku dengan Dia dah macam jadi kawan dan boleh borak-borak dengan sporting nyer. 
Masuk sem 3 pulak. Aku makin kenal dengan Dia. Kadang-kadang aku minta tolong dengan Dia, tolong bawa kan aku krepek pisang hahaha. Kerana krepek tu, ak minta tolong bawakan untuk aku satu lagi, tapi kesian jugak kat Dia aku asik minta tolong je. Apa yang penting aku rasa bertuah dapat kenal Dia. Masa aku terdesak ada je Dia datang menghulurkan bantuan kat aku. TERHARU. PERTOLONGAN DIA, BUDINYA AKAN AKU BALAS BALIK...TERIMA KASIH SAHABAT!..semoga berjumpa lagi hari hadapan. 

**atas permintaan seorang sahabat aku coretkan di atas. Untuk orang minta ni nantikan entry terbaru plak ea. Aku tulis tentang mu plak.

Tuesday, 17 January 2012

::HobiBaru::

Ahad-Upm 15.01.2011: Dalam perjalanan pulang ke kampung, Ini lah hasil aku sambil tengah tunggu bas untuk ke kTm serdang sampai, sempat lak aku amek gambo ni. Hari tu awan cantik sangat, tetiba je aku bawa keluar camera kesayangan ku untuk shoot sekeping dua. Ini lah hasil self explore..


 Nak amek gambo macam orang dah profesional kita tak reti sbb kita dalam proses belajar lagi tentang selok belok pasal camera ni. Dah la nak pelihara camera ni sangat memerlukan modal yang banyak sikit.Bila dah beli satu mesti ada je yang rasa nak tambah-tambah aksesori. Tapi apekan daya nak memiliki lense yang bagos belom tercapai lagi, terpaksa la aku menggunakan apa yang ada ni untuk merangkak "slow-slow" untuk mempelajari teknik supaya dapat amek gambar yang lebih baik dan cantik. Mungkin dalam masa cuti sebulan ni, ini lah yang menjadi kegiatan seharian aku sebab nak keje pon takder orang nak amek. Buka sem baru nanti target aku nk beli lense "55mm". Leh pakai lense tu nanti makin banyak la aku 'shoot' muka orang nak buat koleksi potret.

Tuesday, 10 January 2012

Bayang-bayang

Saban hari, makin hari, setiap hari berlalu, esok hari, hari-hari...hah hambek ko..banyak betol hari nya. Kadang-kadang resah jugak disebabkan bayang-bayang ni. Susah tak tau nak fikir, kenape la bayang-bayang ni? Asyik datang je dalam fikiran aku. Time aku tak nak fikir la dia gatal-gatal datang pulak..adoiii. Bayang-bayang ni boleh dipercayai ke tak? aishhh...boleh percaya ke tak?...arghhh...tak tahu nak fikir. Bila bayang-bayang ni datang ada la benda-benda yang dia buat aku terfikir serba salah. Hati kata nak, otak pulak kata jangan. Benda macam ni berpunca dari kesilapan aku kot. Tapi kalau difikirkan balik ada jugak baiknya. Time teringat rasa membuak-buak je dalam hati ni, tapi rasa tu selalu dipatahkan oleh kuasa otak. Ape kene ngn otak aku ni? selalu je tak seiya sekata dengan hati. Time makan. mandi dan tido pon bayang-bayang ni selalu je ada..kuat betol penangannya. Mencari jalan keluar dari bayang-bayang ni sangat susah tiap masa duk ingat, kalau lah aku boleh ingat semua pasal belajar tiap masa kan senang untuk jawab exam..Walau apa pun terjadi aku harus memikirkannya dengan baik dan terus usaha dalam mencari jalan penyelesaian bayang-bayang ni.

**rekaan semata-mata untuk tatapan**

Monday, 9 January 2012

Perlu Ke?

Perbualan dua sahabat..

SIMAH: Alahaiiii...kawen kawen kawen!
AIDA: Kenapa Mah dengan kawen tu?
SIMAH: Kawen impian aku. Ko xnak kawen ke?
AIDA: Tak terdetik lagi dalam hati ni..
SIMAH: Kesian-kesian...kat ko Da
AIDA: Kenapa ko nak kawen Mah?
SIMAH: Aida.....boleh plak ko tnya ak macam tu..ko ni xnak ke hidup berlaki?
AIDA: Emmmm..xtahu nak jawab.
SIMAH: Kalau kawen...nati ko ada suami, akan ada anak nanti..suami ko bleh jaga ko..barulah gembira
              hidup.
AIDA: Betul ke ape yang ko rasa tu?
SIMAH: Aida...kawen tu lumrah kehidupan kita. Aku tengok orang lain kawen nampak bahagia je. Teringin
              aku tau..
AIDA: buat masa ni...tumpang bahagia orang je la dulu..
SIMAH: Habis tu..sampai bila Aida?
AIDA: Sampai seru la..
SIMAH: Kalau ko nak tunggu tu sampai bila la..entah-entah jadi anak dara T**..hihihi
AIDA: Aku berserah kepada yang Maha Esa..
SIMAH: Kalau berserah xboleh Da, kita kene usaha merancangnye..aku xnafikan Allah yang menentukan.
AIDA: Ya...itu aku tahu..tapi buat masa ni..pada pandangan ko perlu ke aku?

** Merungkai persoalan tapi gembira melihat orang lain kawen**

Sunday, 8 January 2012

Kisah Stileto - Bahagian 4

Kini bermula tempoh cabaran tersebut...

Jejaka pon mula mengatur stategi nya untuk menyahut cabaran yang diberikan oleh Si Bunga tu. Sejak dari hari tu, Jejaka dah mula mengubah perangainya. Jejaka tidak lagi merokok kerana si Bunga tu menyatakan dia xsuka lelaki merokok..Setiap hari Jejaka ni datang ke sekolah  seawal pagi kerana konon-kononnya nak beborak la sebelom perhimpunan pagi..pada suatu hari..

JEJAKA: *awal nye aku datang hari ni. (bercakap sendiri) ape ak nak buat ni kalau dia datang awal..apa
                 aku nak cakap ngn dia..

Tiba-tiba Si Bunga sampai ke kelas. Masa ni diorang berdua je..ehem2

JEJAKA: Hai...awak. Awal datang hari ni. 
BUNGA: Pelik ke kalau saya datang awal? semua hal I ada je U nak tahu kan.
JEJAKA: Alahai...tu pun nak marah, kita tanya je..bukan nya buat apa-apa.
BUNGA: Tau la...
JEJAKA: Awak...cantik la hari ini, muka tu berseri-seri..

Si Bunga lalu pon tersenyum..*malu la kononnya,.rupa-rupa baru Jejaka tahu, sebelom takda pon orang berani nak puji Bunga ni. Sebab Bunga ni bukannya suka bergaul dengan orang lain. Kalau bergaul pon dengan kawan rapatnya je.

JEJAKA: Malu la tu...tapi awak iklas ni, saya tak main-main apa yang keluar dari mulut saya tu adalah ikhlas
BUNGA: Boleh percaya ke? I tengok muka pun dah...eeeee..
JEJAKA: Kenapa awak? ada yang tak kena ke dengan muka saya. Tahu la saya ni rupanya takda..tapi
               sekurang-kurangnya hati saya baik...hihihihi
BUNGA: Eh..baik ke jahat ke ada aku kisah...benda dalam ni kalau ucap dengan kata-kata susah nak
                percaya la. 
JEJAKA: Habis tu..takkan la awak nak buka hati saya baru nak percaya. Doktor pon tak boleh buat macam
                tu. Kalau macam ni sampai ke mati la awak susah nak percaya kat orang.
BUNGA: Ha....tau pun U, tak payah nak puji-puji I pagi-pagi ni. I takda masa!
JEJAKA: Awak ni tak habis-habis dengan perangai tu, cuba la buka sikit mata tu..
BUNGA: Eh..kan I dah buka mata ni kan..ke apa yang U nampak ni? (sambil menunjukan jari ke mata) 
JEJAKA: Saya nampak mata awak yang luas tu je...tapi sayang mata macam orang buta..hahahahah....
BUNGA: U....jangan nak buat lawak pagi-pagi ni..kan ada je yang nak merasa penampar I ni..U nak ke?

Loceng kelas berbunyi, semua pelajar bergerak ke tapak perhimpunan...pada masa yang sama juga, Jejaka berdiri di tepi Bunga.

JEJAKA: Awak nanti habis perhimpunan ni, tunggu kejap eh..saya ada benda nak cakap sikit boleh?
BUNGA: Jangan ganggu I boleh tak? tak payah cakap pun tak apa..sebab I meluat tengok muka U..
JEJAKA: Boleh la awak...boleh eh...?
BUNGA: Arghh.......ya lah...aiiih!


<< BERSAMBUNG>>






Saturday, 7 January 2012

PENSEL & PEMADAM

        UPM-AHAD 8 JANUARI 2012, dua individu di dalam gambar di atas wanita Furaz Muhammad dan lelaki Asi Wahid adalah merupakan tonggak utama yang akan menerajui kepimpinan bagi warga PBMP 2010/2014 untuk semester depan (4). Kami semua yang berada dibawah kepimpinan kalian berdua mengucapkan tahniah dan selamat bertugas. hahahaha..tugas menjadi wakil ini tidak susah dan tidak senang, moga-moga kalian dapat menyuaikan diri secepat mungkin.
       Kepada warga PBMP 2010/2014 diharapkan dapat memberi kerjasama kepada wakil rakyat kita berdua ini. Kalau tiada diorang nanti susah kita nak daftar subjek untuk sem-5 ha ha ha..!

Memoir INFLAKASTA 2011


                                             PEMENTASAN TEATER "INFLAKASTA"


gambar ni masa sebelom pementasan..agak kelakar ada calar kat muke aku tuh, anwy thanks to Flo yang
                                   mekup kan muke yang xbrape nak hensom ni..ha ha ha!..




   
                              ni..permulaan babak pertama...yang pakai baju hitam DIBISI n yang macam 
                                                             Pakaian petani tu MARHEN..


      dialog diorang :

             DIBISI : kosong..kosong cantik  luar dalam nya kosong!!
             MARHEN : ak pon kosong jugak..
             DIBISI : ha ha ha...mari kita cantum kan...


*sampai ari ni kawan2 laen dok asik sebut je dialong diorang..








ni plak....himpunan hantu-hantu...tahniah untuk hantu2 ni dgn yang di tengah tu watak SITI..babak ni yang
                                                     paling banyak mendapat pujian..




      
                      ha ha ha....ni watak KASTABUNG,,,wilayah ini ak yang punyerr....ha ha ha
      ni saat yang sgt mendebarkan..sbb di amanahkan untuk mnjalankan tgjwb berat..mnjayakan watak ni.




                                              time untuk aku..memerintah..ha ha ha!...


yang ni plak...makhluk unik..yg membuatkan semua tetanye2..nama dia TALIBA aka DIVA artis..hahha
                            makhluk ni la yang langgar ak smpai jatuh...xpasal2 kene marah kat aku..


ni pula...babak sedih antara diorang anak branak...yang dua kat tepi SITi..pompuan INFLA dan laki KASTA
                                      kalau xsilap aku la...nama pon ak dah lupe...hihihihi


ha ha ha....ni mmg sesuai ngn dia..watak JAKIDAN pengawal aku...tahniah jakidan mndpat pujian dari tn.hj
                                            yang mgatakan penguasaan pentas kamu bagus..


                      sekian...selesai sudah pementasan...ni la barisan pelakon utama INFLAKASTA...




                      ***terima kasih juga kepada orang penting dalam menjayakan pementasan ini 
dari belah kiri : cikgu amin sebagai tenaga pengajar untuk subjek DRAMA, tn.hj shamsudin yang pegang
                       hadiah tuh sebgai pnsyrah subjek ni...




*******
******* terima kasih juga kepada semua crew yang telibat dalam menjayakan pementasan INFLAKASTA 
               pada tarikh 11.11.11


              TAHNIAH SEMUA>> : )