Saturday, 16 February 2013

Seorang Insan


Dia yang hidung separuh mancung
Dia yang bermata seakan hitam keperangan, bertanda hitam kecil di pipi kiri, fizikalnya kurus dan sederhana tinggi.
Dia jenis yang tegas apabila dalam menjalankan kerja dan dia jenis yang “sempoi”  tidak suka berhias dan hanya suka berpakaian biasa “slumber” .
Dia yang pernah ku kenali pada awalnya memang seorang yang  lantang bersuara bila ingin bertanya. Aku sangkakan dia ini seorang yang jenis pemalu. Kali pertama ku melihat dia dengan tanpa segan silu mengangkat tangan dan bertanya. Anggapan ku ketika itu, dia ini seorang yang berpengalaman. Setiap tutur dan patah perkataan yang keluar dari bibirnya begitu bersistematik dan tersusun serta begitu jelas. Tergaman ku melihatnya pada ketika itu.
Ku merasakan diri ini begitu rendah dan berada di bawah berbanding dengan dia. Akan tetapi tidak apalah itu namanya insan yang dicipta berbeza-beza di muka bumi ini.
Tiga bulan berlalu dan ku hanya mampu memerhati dia sahaja. Ku merasakan diri ini tidak boleh lagi dan belum bersedia  untuk berkenalan dengan dia mahupun bersua muka dengan dia. Terasa diri ini begitu kerdil bila berhadapan dengan dia. Ku hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh dia. Setiap apa yang dilakukan, ku terpaku melihatnya. Ku ingin menjadikannya contoh untuk diikuti. Sepanjang tiga bulan yang berlalu, ku hanya mampu melihatnya dari jauh.  Hati ini seakan bersuara dan mengajak ku untuk menghampirinya tetapi ku tidak terdaya.
Dia hanya insan biasa sama seperti ku. Dia jenis yang ceria. Dia selalu senyum bila berhadapan dengan seseorang. Jarang sekali ku melihatnya bermasam muka. Ditakdirkan ku dan dia digandingkan bersama untuk menjalankan tugas yang sama. Di situ bermulanya titik permulaan ku mengenalinya.
Setelah ku meluangkan masa bersamanya sepanjang menjalankan tugas, hati ku mengatakan dia seorang insan baik hati. Kadang-kala sikap dia agak kasar. Di dalam kekasarannya ada terselit kelembutan seorang insan berhati mulia. Sikapnya membuatkan ku selesa bersama dengannya. Sikapnya juga bertanggungjawab dan tidak pernah mementingkan diri sendiri. Ku kagumi dia yang tidak pernah sedetik pun terlupa akan sahabat temannya. Sebaliknya setiap detik dia memikirkan hal-hal sahabat temannya. Dia tidak putus berusaha mencuba untuk memuaskan hati sahabat teman walaupun di sebaliknya  diri terseksa. Apabila ku dalam keresahan muncul dia datang memberikan pertolongan dan mungkin itu satu kebetulan seakan dia mendengar bisikan hati ku ini. Dia tidak suka menceritakan masalahnya kepada sahabat teman. Ku tahu dia sukar untuk meluahkannya. Ku juga tahu dia tidak ingin menyusahkan dan melibatkan sahabat teman dalam masalahnya. Ku pernah bertanyakan masalahnya akan tetapi apa yang keluar dari mulutnya “nanti saya cerita ya”. Setiap kali ku bertanyakan masalah itulah yang selalu ku dapat. Dia memaksa diri ku bersabar untuk mendengarnya menceritakan sehingga dia menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku itu terlebih dahulu. Dia telah mengajar ku erti bersabar. Insan seperti dia sangat bermakna bagi ku. Insan seperti ini telah ku pahatkan dalam ingatan selamanya. Semoga ukwah diri ku dan dia terus berpanjang.

Sunday, 3 February 2013

Kisah Stileto Bahagian 8


Situasi : Kantin sekolah

Waktu rehat semua pelajar sekolah ke kantin untuk makan. Pada masa yang sama muncul seorang perempuan (‘Ema’ bukan  nama sebenar) yang fizikalnya sederhana rendah, bermata bulat dan kehitaman, bibir nipis kemerahan serta kulitnya putih lembut dan seorang yang pemalu.

Jejaka : Hai lama tak nampak awak.
Ema    : (senyum) Awak ke saya yang lama tak nampak?
Jejaka : Awak lah. Saya selalu je lalu depan kelas awk tapi awak buat tak tahu je.
Ema    : Maklumlah awak dah ada orang sayang, saya dah tak boleh nak buat macam dulu lagi.
Jejaka : Itu bukan alasannya. Saya tetap kawan awak yang pernah awak kenal sebelum ini.
Ema    : Saya kira beranggapan awak dah tak macam dulu lagi la. Maaflah awak awak bukan orang
            yang saya pernah kenal dulu. Awak sudah banyak berubah sekarang.  
Jejaka : Tak kira lah macam mana pun, saya tetap anggap awak sebagai kawan baik saya.
Ema    : Baiklah awak, saya minta diri dulu dan selamat berbahagia.

Tiba-tiba Bunga muncul dari belakang Jejaka.

Jejaka  : Eh Bunga... (terkejut)
Bunga  : Siapa Ema pada awak?
Jejaka  : Tak ada siapa-siapa.
Bunga  : Setahu saya Ema itulah yang suka kat awak dulu kan?
Jejaka  : Eh mana ada macam itu, dia hanya kawan baik saya masa form5 dulu lah.
Bunga : Saya dapat tahu cerita yang awak pernah nak ‘tackle’ dia dulu kan. Takkan tak ada apa-apa
              antara awak dengan Ema?
Jejaka : Saya dengan Ema tak ada apa-apa lah awak, ini mesti awak cemburu kan?
Bunga : Saya nak tanya, sebelum awak suka kat saya dulu, adakah awak pernah menaruh  apa-apa
              Perasaan pada dia?
Jejaka : Tak pernah lebih dari seorang kawan awak.
Bunga : Ada orang bagitahu saya yang Ema itu suka sangat kat awak. Kenapa awak tidak layan dia?
Jejaka : Dah namanya kawan takkan la saya nak buat lebih-lebih pula.
Bunga : Kalau suka cakap la suka senang.... (mimik muka masam) tak payahlah nak ‘couple’ dengan
             Saya kalau dah ada orang suka.

Bunga berlalu pergi dengan perasaan cemburu dan marah. Jejaka tidak menghiraukannya.


<<Bersambung>>  

Saturday, 12 January 2013

Maila Milik Nya

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Amran dan seorang wanita iaitu Maila. Amran datangnya dari sebuah keluarga yang serba dalam kekurangan. Dia yang pada awal tidak mempunyai hala tuju dalam hidupnya. Dia suka bersosial, berkelakuan buruk mengusik wanita, mencuri dan berkawan dengan budak-budak jahat sehingga pada suatu hari dia bertemu dan mengenali Maila. Amran menjadikan titik perkenalan antara mereka berdua sebagai pendorong dalam hidupnya untuk menjadi seorang manusia yang berguna. Maila ini sikapnya pula suka bersederhana walaupun keluarganya berduit berharta dan salah satu keluarga ternama. Perkenalan antara mereka telah banyak membantu Amran sehingga menjadi seorang yang berjaya dan mereka berdua merancang untuk mendirikan mahligai hidup bersama. Akan tetapi sepanjang perkenalan mereka timbul beberapa konflik yang antara kedua-dua belah pihak keluarga malah mereka berdua juga. Maila telah diasingkan oleh keluarga mereka sehingga di larang untuk bertemu dengan Amran. Maila diperlakukan seperti binatang oleh keluarganya sendiri. Maila dikurung dan diseksa oleh kedua ibu bapa yang tidak bertanggungjawab itu. Perkara ini diketahui Amran. Hampir setiap hari Amran ke rumah Maila dan merayu kepada kedua ibu bapa Maila supaya jangan terus menyeksa Maila lagi. Amran dihina cukup-cukup oleh ibu bapa Maila. Tetapi itu tidak menggugat semangat Amran untuk berputus asa malah membuatkan Amran lagi bersemangat untuk menyelamatkan Maila. Manakala ibu bapa Amran pula tidak menyukai Maila kerana mereka merasakan terlalu jauh untuk Amran mengejar Maila yang lebih tinggi taraf hidupnya. Ibu bapa Amran juga melarang Amran daripada berjumpa dengan Maila. Malah Amran telah dihalau dari rumahnya kerana dia tidak lagi mahu mendengar nasihat ibu bapanya. Dalam keadaan yang telah berlaku itu telah mendesak Amran untuk melakukan sesuatu di luar jangka. Pada suatu hari Amran telah menyelinap masuk ke rumah Maila sewaktu ibu bapa Maila tiada dirumah. Amran telah membawa lari Maila pergi dari rumah itu. Mereka berdua melarikan diri dan merantau meninggalkan tempatnya. Kehidupan mereka berdua dibantu oleh kawan baik Maila. Kawan Maila telah menumpangkan Maila duduk bersama-sama dengannya manakala Amran menyewa sebuah bilik. Amran berusaha mendapatkan kerja untuk menyara Maila. Akhirnya Amran berjaya mendapatkan kerja sebagai promoter di sebuah kedai elektronik. Dua tahun kemudian Amran membuat keputusan untuk menikahi Maila. Pada suatu petang Amran mengajak Maila keluar berjalan-jalan dan berjumpa di tempat biasa mereka selalu berjumpa. Sepetang Amran menunggu Maila tetapi Maila tidak Muncul. Amran cuba menghubungi Maila, tetapi tidak dijawab oleh Maila. Keadaan ini berlarutan selama seminggu dan menimbulkan kemusykilan Amran terhadap Maila. Amran merasakan Maila seakan-akan mengelakkan diri darinya. Lalu Amran menghubungi kawan Maila tersebut untuk bertanyakan tentang Maila. Akan tetapi kawan Maila itu tidak memberitahu apa yang telah berlaku terhadap Maila. Selang dua hari kemudian Amran cuba merayu dengan kawan Maila supaya menberitahu kepada Maila supaya datang berjumpa dengannya. Akhirnya permintaan Amran itu diterima Maila dan Maila pergi berjumpa dengannya. Setibanya Maila di situ lalu Maila berkata " saya mahu awak lepaskan saya dan saya tidak tidak sanggup lagi untuk hidup bersama awak" lalu Maila pergi meninggalkan Amran dari tempat itu. Keadaan ini menyebabkan Amran merasakan Maila menyembunyikan sesuatu daripadanya. Amran cuba menyiasat perkara yang telah berlaku dan akhirnya Amran terkejut kerana baru mengetahui Maila menghidap kanser dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan dunia ini. Amran begitu sedih kerana Maila menyembunyikan perkara ini daripadanya. Selama tempoh masa yang masih ada itu, Amran cuba membahagiakan Maila. Amran tidak putus asa menjaga Maila dan menyayangi Maila. Amran telah membuat keputusan untuk menikahi Maila dalam masa yang terdekat. Amran telah pulang ke kampung untuk mendapatkan restu daripada kedua ibu bapanya dan Maila untuk berkahwin. Akan tetapi kedua-dua ibu bapa mereka menolak. Maka Amran telah nekad lalu membuat keputusan terakhir untuk menikahi juga Maila walaupun tanpa restu kedua-dua ibu bapa mereka. Pada hari pernikah mereka berdua.. Maila telah pergi meninggalkan Amran selepas sahaja lafaz akad nikah berakhir. Amran begitu sedih dengan pemergian isterinya dan Amran redha dengan pemergiannya.

Di pusara ini,
Ku sedia berdiri,
bersama doa-doa,
Tak putus ku hulurkan,
Ini tanda kasih,
Kasih yang sebenar.


.......... SEKIAN....

Sunday, 16 September 2012

New SEM 5

Bila dah naik sem baru.. emm kepala otak ni sakit nk fikir pasal perbelanjaan bulanan.

Tapi sem ni menarik seket..
Awal2 dah masuk duit PTPTPTPT tu.. emm dah "se'yek" (habis) separuh
entah kemana pegi..

Ape yang saya beli pon xtauuu..

Sem ni saya amek 23jam kredit.. kali petama dalam hidup.
Dah abes minggu petama nah hambek kau..!!!
Letih nak MAMPOSSS!!!

Walaubagaimanaponggg... saya terpaksa jugak menjalaninya
sebab saya masih memikirkan kedua-dua orang tua saya kat rumah tu
yang penat lelah cari rezeki untuk bagi kat saya ni..

Harap2 sem ni saya dapat buat yang terbaik..

AMIN.. INSYAALLAH

Assalamualaikum..

Saturday, 9 June 2012

Kisah Stileto Bahagian 7

Selepas kejadian itu...

Jejaka sudah tidak menghiraukan sesiapa lagi, Jejaka mula belajar bersungguh-sungguh dan mula belajar daripada kesilapan yang lepas yang amat memalukan baginya.

Situasi : Di sekolah

Raman : Tahniah...
Jejaka : Kenapa ucap tahniah kat aku? Aku tak faham la.
Raman : Eleh buat-buat tak tahu plak, kau dah tengok ke keputusan peperiksaan pertengahan ni?
Jejaka : Eh, dah keluar ke keputusan tu?
Raman : Ya... Kau ni tak lalu ke dekat lorong ilmu itu pagi tadi?
Jejaka : Rajin lah pula aku nak ke sana tiap-tiap pagi.
Raman : Kau tahu tak kedudukan kau nombor berapa dalam ramai-ramai ini?
Jejaka : Tak.
Raman : Emh...Kau ni. Tahniah lah sebab kau tersenarai dalam kedudukan 10 teratas.
Jejaka: Eh, tak ada apa-apa yang istimewa pun bagi aku, aku rasa macam sama saja dengan budak-budak
            lain, tidak ada yang kurang tidak ada yang lebih pun.
Raman : Emh itu lah kau...apa-apa pun tahniah ya. Nanti aku nak belajar dengan kau boleh?
Jejaka : Aku bukannya pandai sangat, tapi setakat nak tolong kau tu boleh lah.
Raman : Baiklah Jejaka...aku pegi dulu..jumpa nanti.
Jejaka : Ya lah...Raman.

Situasi : Di sebuah lorong nak ke kelas.

Jejaka terserempak dengan Bunga

Jejaka : Assalamualaikum..awak.
Bunga : (Tidak menjawab salam, hanya jeling kepada Jejaka)
Jejaka : Salam tidak dijawab kenapa ni?
Bunga : Tak apa-apa lah.
Jejaka : Ada masalah ke bunga? selalunya tak macam ni.

Bunga terus bermasam muka dengan Jejaka. Selepas itu, Jejaka baru mendapat tahu daripada kawannya yang mengatakan Bunga tidak dapat menerima kenyataan dengan perubahan yang mendadak si Jejaka dalam peperiksaan. Selama dua minggu Bunga bermasam muka dan tidak bercakap sepatah pun dengan Jejaka.

<<Bersambung>>

Thursday, 7 June 2012

Amanat dari cikgu yang amat dihormati.

Tiba-tiba aku teringat ketika zaman persekolahan dulu masa tingkatan 6.

Sebelum tiba hari exam STPM, cikgu Saloma (Bonda) telah mengirim surat kepada kami semua. Masa tu aku terfikir, kenapa? bonda kirimkan surat untuk kami semua..apa yang terkandung dalam surat itu? Bila dah dapat surat kiriman tersebut aku pun cepat-cepat membacanya. Apa yang terkandung dalam surat itu sangat amat membimbangkan aku untuk laksanakannya. Bonda tidak dapat dan tidak ada kekuatan untuk meluahkan semua itu secara berdepan dengan kami semua. Satu persatu aku membaca surat kiriman itu..dari mula bonda menyatakan harapan kepada setiap kawan-kawan sekelas aku dan aku ternanti-nanti untuk tiba giliran aku. Dari mula hingga akhir baru nama aku disebut dalam surat tersebut. Apa yang dinyatakan kepada aku sangat terkejut dan bimbang. Bonda telah amanatkan kepada aku supaya bimbing kawan-kawan aku yang lain supaya dapat mencapai kejayaan dan dapat menjejakkan kaki ke universiti. Amanat itu sangat berat bagi aku dan sehingga sekarang aku rasa bersalah sebab tak dapat menyempurnakan sepenuhnya amanat dan harapan bonda tersebut. Aku tidak tahu kepada siapa aku nak meluahkan perkara ini lagi..dan aku harapkan bonda dapat memaafkan aku..amin3

sekian.

Aku Pasti...

Assalamualaikum....

Dah lama aku tak update blog ini rasa-rasanya hampir berdebu dah. Entry kali ini aku nak story sikit pasal apa yang aku rasa. Selama aku hidup 22 tahun ini, aku mencari-cari apa yang aku perlukan dalam hidup. Dah macam-macam benda aku cuba, aku buat, aku lalui baru aku pasti apa yang aku nak dalam hidup aku ini. Sejak sebulan lepas, aku dah jumpa apa yang aku cari-cari selama ini. Walaupun "itu" belum secara offically...dan aku pasti dan redha di hadapan hari...walau apa pun yang terjadi.

Sekian.