Monday, 6 February 2012
Aku sebuah Tudung Saji
Asal aku daripada mengkuang. Aku dibuat oleh seorang wanita di sebuah kampung. Aku diwarnai putih dan merah. Setelah siap, aku dibeli oleh seorang peniaga. Aku di bawa ke merata-rata tempat oleh peniaga itu untuk dijual. Pada masa yang sama aku menemui ramai kawan yang lain. Mereka kelihatan kemas dan cantik. Beberapa hari kemudian, aku dibeli oleh seorang wanita. Semasa di rumah itu, aku menjalankan tugas dengan baik. Tugas aku ialah melindungi makanan supaya tidak dihinggapi oleh lalat dan serangga lain. Setelah selesai menjalankan tugas, aku disangkutkan di dinding dapur rumah tuan aku. Demikianlah kehidupan aku setiap hari. Lama-kelamaan aku uzur. Badan aku berlubang di sana-sini. Lalat dengan mudah menembusi badan aku dan hinggap pada makanan. keadaan itu membosankan tuan aku lalu dia membeli tudung saji baru. Apabila " MENDAPAT ROTAN, AKAR TIDAK BERGUNA LAGI". Begitu juga dengan aku. Akhirnya aku dibuang ke dalam tong sampah. SEDIH!!
Wednesday, 25 January 2012
Jumpa kawan masa kecik-kecik dulu
Alhamdulillah...diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berkumpul berjumpa semula dengan kawan-kawan masa sekolah rendah dulu.
Balik je cuti mesti ada reunion. Kalau takda memang xsah. Tapi yang kene handle semua tuh takde orang lain tup-2 aku ngn Isma jugak. Tapi takpe, satu kepuasan la untuk aku sebab aku memang minat pon benda-benda macam ni daripada duk umah takde benda nak buat. Terima kasih kepada reunion planer Isma, Ayu, Kak Nor a.k.a Noona Nano dan Nik Lina. Kalo takde korang tak menjadi kita punyer reunion. Masa reunion tuh aku sempat gak shot gambar beberapa keping boleh la untuk jadi tatapan.
Menu macam biasa la..kalo reunion mesti ada BBq. Wow..ayam tu nampak sedap je, tengok la sape yang buatkan mesti la pemilik blog ni hahaha!. Tapi aku sedey dapat merasa dua tiga ketul je sebab sebok duk shot gambo.
Ni je yang tinggal kaum hawa hahaha. Yang lain ada tak dapat join sebab tak dapat cuti. Tapi yang unik nyer, diorang dari awal datang teros melekat kat atas tikar tu tak berganjak pon hahaha tunggu ayam bakar sampai diorang yang servis dulu hahaha...takde la diorang ni bagus2 semua, diorang la yang tolong sediakan meehun, buah tu semua.
Ni special seket. Reunion ni sebenar nyer untuk tunaikan hasrat orang yang belajar jaoh. Dia ni la yang nak sangat jumpa kawan-kawan sekolah masa kecik dulu. Katanya dah 10 tahun tak jumpa jadi nak kenal la rupa masing-masing.
Ni la ahli yang dapat join.. apa2 pun sangat best dapat jumpa kawan masa kecik dulu. Aku harap 10 tahun lagi dapat jumpa lagi dengan diorang. Masa tu nanti tengok dah kawen semua dapat anak mesti lagi seronok.
Kat bawah ni ada lagi gambo..LAYANJER
Kata kawan kita sorang tu..Cik yang kat atas ni macam pelakon hahahaha!Q
Perghhh...Hensommm habesss...
sorang satu...gabungan dua sahabat..syok makan
Ha..ni sepupu Gua!
Feeewwwiiitttttt!......hahahaha senyum lebo dia
Kena paksa buat kerja...hahahahahha...
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir. Kepada kawan-kawan yang tak tahu pasal reunion ni Hambe minta maaf banyak sebab kekangan masa tak sempat nak pegi cari sorang-sorang. Laen
kali kita buat lagi.
***Thanks for watching guys***

Saturday, 21 January 2012
Kisah Stileto - Bahagian 5
JEJAKA: Awak mari la sini kejap
BUNGA: Ape dia U ni..
JEJAKA: Kan saya dah bagitau tadi suruh awak tunggu kejap. Saya ada benda nak cakap ni
BUNGA: Aiihh macam-macam la U ni..hah apa, cepat la cakap, lewat dah ni nak masuk kelas.
JEJAKA: ok..ok..macam ni awak..sebenarnya saya...saya....mmm..macam mana eh nak cakap..
BUNGA: Cakap la cepat...ai budak ni!
JEJAKA: Esok awak free tak lepas habis kelas?
BUNGA: Em..tak tahu lagi..kenapa?
JEJAKA: Tak..macam ni, saya nak ajak awak keluar, saya nak belanja makan. Awak sudi ke?
BUNGA: Amboi...baru kenal tak sampai sedekad dah nak ajak keluar. Eh U ingat I ni macam perempuan
-perempuan lain ke? Sory la..I tak nak. I ada kerja.
JEJAKA: Bukan macam tu lah, saya tak maksudkan yang macam tuh. Awak ni belum apa-apa dah fikir
macam tu. Saya ni niat nak belanja awak makan je sambil tu nak kenal dengan lebih rapat lagi.
BUNGA: Eh..ingat U masih dalam tempoh percubaan lagi. Selagi U tak tak berhenti buat apa yang I minta
tempoh hari, selagi tu I tak nak. Okey!
Berlagak pulak minah ni bujet bagus la tu kata Jejaka dalam hati.
JEJAKA: Saya masih ingat la..dan saya dah berhenti merokok ha. Tak caya awak cium la bau saya tiap-tiap
pagi.
BUNGA: Hah!..U nak suruh I cium bau U pagi-pagi. Eh sory la tu bukan kerja I, apa U ingat mulut U tu bau
yang best-best ke? Mulut macam bangkai ada la.
JEJAKA: Dah tu..saya nak buktikan macam mane lagi supaya awak percaya. Cakap pun bukannya awak
nak percaya. Jadi tu lah caranya. Betol tak awak?
BUNGA: I tak kira, apa-apa cara sekalipun..tu U punya pasal. Okey!
JEJAKA: (Terdiam seketika)......
Dah naik meluat aku dengar minah ni cakap. Dah la pakai U I U I, kalau tuannya tu mat salleh tak apa lah, ni melayu macam aku jugak. Tapi tak apa aku akan teros bersabar kata Jejaka dalam hati.
JEJAKA: Tak apa lah awak..nanti saya fikirkan cara lain. Saya akan buktikan pada awak nanti.
BUNGA: Watevaaa la U..
<<BERSAMBUNG>>

Friday, 20 January 2012
Tetap Pendirian
Salam...kenkawan semua.
Entry ari ni aku nak cakap pasal pendirian. Setiap orang masing-masing ada pendirian dan berbeza antara satu sama lain. Hidup kita perlu ada pendirian yang tetap kerana ia membantu kehidupan kita dan setiap benda yang kita buat kene berpaksikan pendirian kita. Aku ni di asuh sejak kecil lagi untuk hidup bersederhana. Itu lah pendirian yang aku bawa sampai ari ni. Tapi ada sesetengah orang tak suka dengan pendirian aku. Walau macam mana sekali pun aku tak kesah la apa orang nak fikir dan nak nilai pasal aku yang penting aku tetap dengan pendirian aku dan...aku rasa besederhana adalah terbaik untuk aku. Okey "gostraighttothepoint"..dalam memilih pasangan hidup dalam islam pon ada ajar agar memilih pasangan hidup yang bahagia kan. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing nak usahakan macam mane nak dapat pasangan yang macam tu. Kalau macam aku, aku tak pandang pada harta kekayaan aku hanya pandang pada budinya sahaja. Rupa tak penting tapi hati baik. Agama mesti lah islam. Perangai pasangan yang menjengkelkan aku paling tak suka. Contoh perangai yang suka mengada-ngada sangat aku tak suka. Aku di ajar di didik agar hidup ni jangan menyusahkan orang lain, semua benda aku kene buat sendiri dulu dan kalau dah terdesak sangat baru minta pertolongan dari sesapa. Pendirian aku juga kalau dah tak suka kat sesuatu cukup untuk sekali tu saje dah tak der kompromi lagi. Pengalaman aku nak kata banyak takder la banyak sangat dalam hal ni, tapi dah penah kena..senang je orang NAK dan senang juga orang BUANG aku macam tu je. Tapi takper benda tu semua membuatkan aku lebih berpegang pada pendirian aku.
semua tu sekadar perkongsian bersama.

Thursday, 19 January 2012
Mek Meriah
Salam kenkawan semua..entry kali ni satu lagi pasal kawan aku. Hari ni aku nak citer pasal sorang ni plak. Nama dia ni JUE. Nama dah chantekkk...tuannyer apetah lagi mesti lah chantek jugak kan haha. Asalnye kat jerantut dan dia ni sering kene perli kat pensyarah kitaorang Pak Oma. Tiap kali kelas dengan Pak Oma, bila JUE ni bersuara mesti kene perli kat Pak Oma hahahaha! Ayat yang selalu kene perli " MU apo, mu jerantut mulut mu srupo burung murai " hihihi.. Aku kenal dia kira-kira stahun lebih la. Dari mula aku kenal dia perghhh mulut meriah la...kalo kat dalam kelas dia la yang paling kuat cakap. Agaknyer JUE ni jenis suka cakap kot, takpun masa kecik-kecik dulu dia memang dilatih untuk cakap banyak hahaha. Tapi bagi aku takper, aku lebih lebih senang dengan orang yang macam ni senang nak bawa berborak. JUE ni jenis rajin orangnyer. Aku penah bekerja dengan dia sangat memberi kerjasama la. Orang kata kala buat kerja dengan orang macam ni, kerja yang susah pon jadi senangkan...hahaha. Kalo melibatkan masa, ha..dia ni memang sharp gilerrr. Janji jam brape pon, mesti dia ada kat situ lebih awal lagi. Bila dah lama kenal dengan JUE ni, baru aku tahu dia ni suka bergaya. Fesyen dia perghhh macam mak-mak datin hahhaa! MAK DATIN TUUUU..baju chantek, selipar chantekk, kalo dah semua chantekkk mesti dia pakai yang branded je kan. Ha..satu lagi yang aku tahu pasal dia, dia ni suka sangat la ber"make-up"..siap buat entry lagi dalam blog dia pasal dia kene mekup kat kawan dia yang nama FLOoww haha. Yang mekup mekup ni xheran la sebab dah memang sifat orang pompuan suka benda-benda hias diri neh. Kalo tak mekup orang lama-lama kata tak sah kan. Dia ni aktif berbloger jugak orangnyer. Aku suke baca blog dia, pandai dia menulis, menarik dan tak memboringkan kalo ada entry yang panjang-panjang pon, ade je gimik yang dia buat sangat-sangat awesome!!..rasanyer takat tu jelah nk citer pasal dia. Nanti lebih-lebih lain plak jadinyer. AKU SENANG KAWAN dengan MEK MERIAH NEH!!! hahahahaha...
**kalo tuannyer terbaca jangan marah..hoho.
**kalo tuannyer terbaca jangan marah..hoho.
Wednesday, 18 January 2012
Dia Sahabat
Teringat kenangan lalu masa mula-mula menjejakan kaki ke IPTA. Hari pertama, bermula lah aku berdikari sendiri di situ. Semua benda aku terpaksa explore sendiri. Orang kata kat U ni semua kene buat sendiri. Jadi awal-awal aku dah siapkan mental untuk hadapinya. Sem 1, aku bertemu dengan semua budak-budak kos aku seramai 50 orang. Masa tu aku hanya tengok je Dia dan masa tu jugak berlaku sesi kenal-kenal la dan masa tu jugak aku tahu nama Dia. Bermula lah rutin harian ke kelas. Bila jumpa kat kelas Dia senyum. Masa tengah jalan-jalan terserempak pulak dengan Dia senyum lagi Dia. Masa tu tak kenal lagi dengan Dia, cuma tahu nama Dia je. Susah betul nak memulakan satu hubungan persahabatan ni dengan Dia. Di akhir sem 1, baru la aku ni mula beborak dengan Dia. Borak tu takder panjang-panjang cuma cakap gitu je. Masa tu aku ni jenis malu-malu lagi sebab tak yakin dengan diri sendiri. Aku dari kecik sampai umo 20 makan budu. Cakap pon bau budu, cuba cakap KL pon bau budu jugak. Asik-asik kene gelak kat orang je. Tapi takpe slow-slow ak belajar cakap KL haha.
Masuk sem 2 pulak.. hari petama kuliah bertemu dengan Dia. Aku pon senyum la kat Dia. Masa tuh dah mula borak-borak panjang seket sebab dah kenal satu sem lepas jadi macam biasa la dah takder segan-segan lagik. Makin hari makin kenal aku dengan Dia sebab selalu berjumpa masa buat latihan tugasan puisi. Hari-hari duk train Dia untuk berlakon hahaha macam pengarah tersoho pulak aku ni. Orang kata makin hari makin mesra hahahaha! Alhamdulillah sampai akhir sem aku dengan Dia dah macam jadi kawan dan boleh borak-borak dengan sporting nyer.
Masuk sem 3 pulak. Aku makin kenal dengan Dia. Kadang-kadang aku minta tolong dengan Dia, tolong bawa kan aku krepek pisang hahaha. Kerana krepek tu, ak minta tolong bawakan untuk aku satu lagi, tapi kesian jugak kat Dia aku asik minta tolong je. Apa yang penting aku rasa bertuah dapat kenal Dia. Masa aku terdesak ada je Dia datang menghulurkan bantuan kat aku. TERHARU. PERTOLONGAN DIA, BUDINYA AKAN AKU BALAS BALIK...TERIMA KASIH SAHABAT!..semoga berjumpa lagi hari hadapan.
**atas permintaan seorang sahabat aku coretkan di atas. Untuk orang minta ni nantikan entry terbaru plak ea. Aku tulis tentang mu plak.
Tuesday, 17 January 2012
::HobiBaru::
Ahad-Upm 15.01.2011: Dalam perjalanan pulang ke kampung, Ini lah hasil aku sambil tengah tunggu bas untuk ke kTm serdang sampai, sempat lak aku amek gambo ni. Hari tu awan cantik sangat, tetiba je aku bawa keluar camera kesayangan ku untuk shoot sekeping dua. Ini lah hasil self explore..
Nak amek gambo macam orang dah profesional kita tak reti sbb kita dalam proses belajar lagi tentang selok belok pasal camera ni. Dah la nak pelihara camera ni sangat memerlukan modal yang banyak sikit.Bila dah beli satu mesti ada je yang rasa nak tambah-tambah aksesori. Tapi apekan daya nak memiliki lense yang bagos belom tercapai lagi, terpaksa la aku menggunakan apa yang ada ni untuk merangkak "slow-slow" untuk mempelajari teknik supaya dapat amek gambar yang lebih baik dan cantik. Mungkin dalam masa cuti sebulan ni, ini lah yang menjadi kegiatan seharian aku sebab nak keje pon takder orang nak amek. Buka sem baru nanti target aku nk beli lense "55mm". Leh pakai lense tu nanti makin banyak la aku 'shoot' muka orang nak buat koleksi potret.
Subscribe to:
Posts (Atom)